Quantcast
Channel: Ceritera Fatin Bella
Viewing all 485 articles
Browse latest View live

Lip Matte Kekasih by The Melvins Cantik dan Murah!

$
0
0
Kekasih by The Melvins diasaskan oleh  empat adik beradik cantik, Syatilla Melvin, Syida Melvin, Syafiqa Melvin dan Syifa Melvin sejak 1 Mei 2019, jenama yang hadir  menerusi rangkaian lip matte dan krim foundation dengan harga mampu dimiliki ini mencipta fenomena tersendiri. Belum setahun di pasaran, jenama kosmetik Kekasih by The Melvins berjaya mencuri perhatian ramai.

Sejak awal dikeluarkan  lip matte di bawah nama kombo Zahir Batin dan Jiwa Raga sudah terjual 180,000 unit bagai pisang panas laris di pasaran. 

Kini Kekasih by The Melvin pantas menjadi perhatian semula menerusi promosi terbaharu kombo lip matte Tulus Suci  yang dilancarkan sejak 17 November lalu. 
“Kali ini kombo lip matte Tulus Suci kami hadirkan pilihan warna menarik dengan bau strawberi pula. Sebelum ini menerusi kombo terdahulu, kita tampil dengan bau pisang dan coklat. Kami hadirkan juga ia dalam edisi bermusim yang cukup terhad. Jadi kena dapatkan segera di pasaran sebelum kehabisan,” kata Syatilla.
Lip matte rangkaian Kekasih by The Melvins mempunyai empat warna pilihan lagi menawan. Kandungan utama lip matte ini terdiri daripada minyak Argan, Shea Butter dan Vitamin E. Ia bersifat lightweight dan kalis air. Ia juga dalam bentuk cecair ringan namun kesan selepas pakai akan bertukar menjadi matte.  Teksturnya sangat ringan seperti tidak langsung dicalit apa-apa. Ia tidak melekit dan melekat. Fungsinya mampu merawat garis halus pada permukaan bibir. Malah ia juga bertindak sebagai perawat dan pelembap bibir kering. Pada masa sama, ia juga tidak memberikan kesan hitam kepada bibir. Lebih utama,  tiada bahan kimia dan bebas Paraben. Baunya juga wangi,” kata Syatilla lagi.
Syatilla yang mewakili adik beradiknya yang lain berkata,  sekalipun sedar persaingan sengit menjual rangkaian produk sama, mereka tetap optimis dan bangga dengan jenama sendiri.
“Bagi kami produk Lip matte contohnya  memang  tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Memang ia menjadi satu keperluan buat golongan wanita khususnya.  Malah kami sepakat menggunakan nama Kekasih ini kerana kita dilahirkan di dunia ini untuk sentiasa berpasangan. Begitu juga seperti lipmatte Kekasih sendiri yang dipasarkan secara kombo (dua lipmatte) dengan harga RM39. Memang berbaloi baloi dengan harga itu dapat dua.

“Tak dinafikan memang banyak jenama lipmatte lain di pasaran. Tapi Kekasih kami lain macam sedikit. ‘Kekasih’ kerana ‘kekasih’ yang satu ini tiada tandingan.  Malah  berkenaan juga terus menjadi pembakar semangat kepada kami empat adik beradik, pasukan kerja Kekasih by The Melvins serta lebih 1000 agen dan stokis berdaftar di seluruh Malaysia
“Kami turut menggunakan tagline dan  tanda pagar Satukekasihcukupke? juga sebagai simbolik mempromosikan kombo lipmatte yang dijual dengan dua unit. Tapi di alam realiti cukup setia dengan seorang kekasih dan suami saja. Jangan main kayu tiga dalam hubungan sesama manusia. Tapi kalau nak beli produk Kekasih tak apa nak beli lebih pun. Kalau beli banyak buat stok lagi kami suka ,” kata isteri kepada Shaheizy Sam itu.

Kekasih by The Melvins juga mengamalkan konsep membuka ruang kepada suri rumah atau mereka yang mahu mencari wang tambahan dengan menjadi agen dan stokis. Alhamdulillah beberapa bulan di pasaran jenama kami sudah mampu membantu mereka di luar sana mendapat wang lebih dengan bergelar agen dan stokis. Kami bangga dapat membantu ramai pihak untuk meningkatkan ekonomi hidup. Ada yang mampu membeli emas, motosikal, perabot, kereta, mengubah suai rumah, melancong ke luar negara. 
“Dalam beberapa tahun lagi, kami juga mahu jenama ini melahirkan jutawan yang dermawan. Berniaga ini kena bersungguh sungguh. Tak boleh hangat hangat tahi ayam.  Insya-Allah setiap usaha pasti berbayar,” kata ibu kepada dua orang cahaya mata, Syeriv Samheizy, hampir tiga tahun dan Sarima Samheizy, 7 bulan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Kekasih by The Melvins,
Talian hotline: 010-9000001

UFirst Day Out Ladies Edition Perodua

$
0
0
Ahad lepas Aten berpeluang untuk join satu aktiviti dari Perodua. Aten pun baru tau Perodua banyak buat aktiviti yang menarik. Since Aten ada kereta Perodua Bezza, Aten layak untuk join aktiviti ni. It is called UFirst Day Out Ladies Edition. Aktiviti ni istimewa untuk perempuan je. Mengeratkan hubungan silaturrahim sambil menimba ilmu tentang kereta.
Seawal 8 pagi Aten dah sampai Perodua Seremban. Punya excited nak join UFirst Day Out Ladies Edition. Sampai - sampai je terus register and Aten dapat group Diva Gorgeous. Bila lagi nak merasa kan jadi diva gorgeous. Hahahaha! Sementara tunggu peserta lain datang, Aten makan sarapan pagi yang disediakan. Sedap gila! Dah la memang tengah lapar. Hahaha.
Sesi pagi kitorang (#UfirstKongsi) dimulakan dengan knowledge sharing oleh Kak Oja. Kak Oja share punca macam mana accident terjadi, tips macam mana nak jadi pemandu yang berhemah, belajar blind spot kereta kat mana, cara nak check bateri kereta, cara nak baca tarikh tayar kereta dikeluarkan, maksud simbol2 di meter kereta, apa yang kita perlu buat bila accident dan banyak lagi. Kak Oja pulak pandai explain. So, Aten dan peserta lain takde rasa mengantuk pun. Hehehehe
Selepas tu, kitorang buat A.S.A (Advanced Safety Assist) car safety feature demo and trial.

What is A.S.A (Advanced Safety Assist) car safety feature?
Sepasang kamera pada cermin hadapan membaca objek di hadapan dan mengira kelajuannya dan sekiranya objek itu berhenti, kereta akan berhenti serta merta. Sistem ini menggunakan sistem Smart Assist yang sudah wujud pada Daihatsu di Jepun - satu kelebihan yang ada pada Perodua kerana ia mendapat teknologi modern pada harga mampu milik untuk keselamatan pengguna.

A.S.A car safety feature ni ada dekat kereta Perodua yang terbaru. Feature terbaru Perodua ni akan membantu mengurangkan berlakunya kemalangan kecil. Feature ni boleh diaktifkan 3 kali sahaja at a time. Then korang kena restart balik kereta untuk aktifkan balik feature ni.
Then, kitorang belajar pulak basic car maintenance practical and demo. Haaa, paling Aten lemah bab ni. Reti drive je. Hahah. Nak pam tayar pun tak confident. Kat sini kitorang belajar cara nak check minyak hitam kereta, apa kena buat bila temperature kereta naik, nak isi air kereta kat mana. Cara nak jump kereta dengan kereta lain. Banyak la Aten belajar. Lepas ni dah confident sikit bila bukak kereta bila kereta problem kat mana-mana. Hehehe.
Lepas habis je aktiviti kat atas, kitorang ramai-ramai konvoi pergi X-park Sendayan (#UfirstFun) untuk acara bersukan pulak. Ni aktiviti yang Aten paling tunggu-tunggu sebab Aten tak pernah cuba semua aktiviti yang Perodua sediakan.
Games Challenge yang disediakan oleh Perodua ialah Go Kart, ATV, Memanah dan Paintball Target Shoot. Overall, paling Aten suka ialah Go Kart. Hahahaha. Dah lama dah teringin nak cuba tapi tak berkesempatan. Akhirnya kat Ufirst Day Out Ladies Edition baru dapat cuba. Sambil menunggu turn nak bermain tu, dapat berkenalan dengan peserta lain dari semua peringkat umur. Semua sporting gila walaupun baru kenal. 
Lepas dah penat bermain tu, Aten proceed to next session which is pamper session (#UfirstCantik). Dah penat badan main game, kena lah manjakan badan dan kaki. Aten pilih foot massage. Senang. Bukak kasut je. Hehehhe. Ada yang pilih manicure, henna & facing painting. Sambil-sambil tu boleh makan sementara tunggu peserta lain menghabiskan task dorang. Makanan paling Aten takleh lupa ialah Soto! Habis 3 mangkuk Aten makan. Hahahaha. 
Aktiviti terakhir kitorang ialah #UfirstSihat. Ada nutrition talk oleh Adele Wong. Apa yang kita patut makan seharian. berapa kalori kita patut consume hari-hari. Cara nak kira kalori yang badan kita perlukan. Apa sebab kita tak kurus-kurus walaupun tak makan. Terus terbayang balik apa yang Aten makan dari pagi tadi. Hahahaha.
Last sekali ialah penyampaian hadiah kepada semua peserta yang aktif dah menang games challenge. Tahniah kepada semua! Nasib je Aten tak menang sebab tak biasa dengan game yang disediakan. Hahaha. Next event boleh dah aim nak menang hadiah dari Perodua. Hehehe
Overall, semua best! I had fun! Selepas ada baby, ni la aktiviti yang paling lama Aten join. 1 hari tinggal Ammar dengan atuk nenek dia. Hahahaha. Kira me-time Aten la join Ufirst Day Out Ladies Edition ni. Hope next year Perodua buat lagi aktiviti camni. Memang Aten akan join.

Btw, kalau korang nak tau event apa yang disediakan oleh Perodua, korang hanya perlu download apps Ufirst. Loyalty programme untuk pengguna Perodua. Aktiviti yang dijalankan oleh Perodua ada kat apps ni. Korang boleh kumpul Ukoin untuk redeem merchandise dari Perodua. Banyak tau keistimewaan yang korang akan dapat seperti freebies, diskaun, aktiviti yang menyeronokkan dan jemputan khas juga. Jangan lupa download tau!


Perodua

Eczema Lotion Moogoo Troubled Skin Kit Review

$
0
0
Hey guys!
Siapa kat sini yang ada masalah eczema ataupun masalah kulit yang kering? Tak kisah dekat diri sendiri ataupun dekat baby korang. Well, Aten nak share dengan korang 1 kit yang sangat wow! Aten sendiri ada masalah kulit yang sangat kering. Kalau kering sangat, kat tepi bibir Aten ni dia boleh luka and sangat pedih. Ammar pulak ada eczema since dia 3 bulan and sekarang dah 18 bulan masih lagi tak sembuh. Aten dan Feeq pun dah buntu dengan eczema. Dah cuba pelbagai produk tapi takde yang serasi. 

One day, Aten pergi event dekat IOI City Mall, ada booth Moogoo. Aten cerita masalah kulit Ammar and dorang suruh Aten cuba Troubled Skin Kit yang baru je dorang keluarkan. Korang boleh dapatkan Moogoo Troubled Skin Kit di Farmasi Caring, Big Pharmacy & Alpro Pharmacy.

Actually, masa Ammar mula-mula kena eczema which is masa dia umur 3 bulan, ada kawan Aten suggestkan guna Moogoo. But then, bila Aten sapukan ke kulit Ammar, dia macam lagi naik flare lepastu Ammar nanges. Gelabah wehhh. Mungkin kulit dia nipis kan. Terus dah tak berani nak pakaikan lotion Moogoo. My mom and dad suggestkan pakai minyak kelapa la minyak argan la but still dia masih menggaru. Lagi-lagi bila waktu malam, Ammar akan extra menggaru pakej dengan menangis. Mungkin tak selesa. Mummy and daddy Ammar memang jadi panda la kejap tidur kejap bangun nak tenangkan Ammar.

Then, bila Ammar dah 18 bulan ni Aten try balik Moogoo yang dorang suggestkan. Moogoo Troubled Skin Kit. 
Moogoo Troubled Skin Kit ni satu kit yang mengandungi 3 produk Moogoo iaitu 
Milk Wash(mandian) , Irritable Skin Balm dan Soothing MSM Moisturizer.

Moogoo Natural Milk Wash
  • Mengandungi pembersih semula jadi ringan yang diperoleh daripada bahan kelapa dan glukosa, menjadikan kulit bersih dan berbau segar tanpa kehilangan kelembapan kulit.
Moogoo Irritable Skin Balm
  • Alternatif semulajadi untuk krim steroid yang direka untuk melegakan kulit yang bermasalah. Ia adalah krim rawatan yang cukup ringan untuk bayi dan kanak-kanak, namun berkesan dalam menyediakan penyelesaian jangka panjang untuk kulit bermasalah.
Moogoo Soothing MSM Moisturizer
  • adalah pelembap berkhasiat ringan untuk kulit yang bermasalah/rengsa. Ia mengandungi organic sulphuryang membantu meredakan dan menenangkan kulit bermasalah dan mengekalkan kulit sentiasa lembab dan lembut.
Eczema Ammar attack paling teruk kat siku dan pergelangan kaki. Bila cuaca panas ke berpeluh sikit ke mesti dia garu kaw kaw punya then lead to berdarah. Kesian sangat. Kecik-kecik lagi dah kena hadap masalah kulit ni. Sejak ada Moogoo Troubled Skin Kit ni, Aten tak pernah miss sapu dekat kaki dan siku Ammar. Every day. Kalau kulit dia kering je Aten sapu. Sebab taknak bagi dia menggaru. Bila dah start menggaru nanti lagi teruk. So Aten sangat aware dengan kulit dia. Kering je sapu losyen Moogoo ni. Aten dah guna Moogoo Troubled Skin Kit almost 1 month. Tapi sekarang baru berkesempatan nak update blog share dengan korang. Ni pun dah masuk kotak kedua. Harga Moogoo Troubled Skin Kit  pun sangat reasonable. Boleh tahan dalam 2-3 minggu bergantung kekerapan korang guna. The result is surprisingly WOW! Ce tengok kat bawah ni :
Yessss, I am very happy dengan kulit Ammar sekarang. Eventhough tak fully recover but Moogoo Troubled Skin Kit helps kurangkan eczema Ammar. No more luka berdarah. Ammar pun dah kurang menggaru and kulit dia pun dah tak sekasar sebelum ni. Thanks Moogoo!

Korang boleh dapatkan Moogoo Troubled Skin Kit  di Farmasi Caring, Big Pharmacy & Alpro Pharmacy. 

Harga Moogoo Troubled Skin Kit : RM149

Untuk maklumat lanjut mengenai Moogoo, klik

Simptom Influeza & Langkah Pencegahan Influenza

Selamat Tinggal ‘seksi’ - Kilafairy

$
0
0
Seksi itu subjektif. Bagi artis dan usahawan terkenal, Kilafairy yang terus aktif  dengan empayar perniagaan makanan tambahan miliknya, KILAFIT juga mempunyai pandangan tersendiri terhadap istilah seksi.

Hakikatnya anak kepada artis penyanyi era 1980-an, Rohana Jalil itu bagaikan tak boleh dipisahkan dengan sisi seksinya.

Antara selebriti yang dikatakan mempunyai bentuk badan dan bibir seksi lagi menggiurkan, Kilafairy atau nama sebenar Syakila Nisha Jangir Khan ini sendiri pernah diberi jolokan Angelina Jolie Malaysia suatu ketika dahulu.

Namun jika ada yang menyedari atau perasan terutama di laman Instagram miliknya, Kilafairy sebenarnya sudah ‘berubah’. Lebih tepat perkongsian gambarnya juga tidak seperti kebiasaan.
Yesss! Kilafairy tak seksi lagi dan itu antara komen popular yang mula menerpa di fikiran. Tak kurang juga yang mengandaikan perubahan imej itu disebabkan hatinya yang sedang berbunga mengenali jejaka bernama Sa’aid Umar Aiman dan kononnya sedang menuju ke fasa perkahwinan.

Ditanya akan perkara itu, empunya diri mempunyai penjelasannya.

“Pastinya perubahan itu seiring dengan kematangan diri. Ia seperti isyarat atau panggilan kepada diri sendiri. Dalam hidup ini kita sentiasa berusaha mahu jadi lebih baik dan memperbaiki diri.

“Step by step In Shaa Allah. Berkat doa ibu bapa juga. Sempena tahun baharu, 2020 ini saya mahu mulakan sesuatu yang segar dan bersih.

“Saya cuba elak atau tak mahu lagi orang di luar sana nampak diri ini dengan terjemahan seperti ... oh badan dia cantik mahupun seksi!,” ungkap Kilafairy.

Penyanyi lagu Put The Word In ini lebih selesa kini mereka di luar sana melihatnya daripada sudut bakat dimiliki selain usaha untuk terus menjadi usahanita berjaya.

“Saya mahu memberi contoh yang baik kepada penyokong dan mereka yang menggunakan KILAFIT. InsyaAllah.

“Saya mahu jadi insan yang lebih baik. Sebenarnya sudah tujuh bulan saya cuba menjaga penampilan dan sebagainya. Lagipun saya bukan makin muda. 

“Lebih mengujakan perkara ini tanpa diduga membuka mata sendiri dan pasukan KILAFIT mengenai visi dan misi perniagaan kami,” katanya optimis.
Jelas Kilafairy, perubahan imejnya itu juga seiring dan selaras dengan apa yang mahu diperjuangkan KILAFIT lagi lagi dengan perkembangan agen dan stokis jenama berkenaan yang semakin meningkat.

“Saya bukan saja sayang dan kasihan dengan haiwan. Namun turut bersimpati dengan orang dan persekitaran yang melanda dunia. Termasuk isu umat Islam Uighur di China yang ditindas dan krisis kebakaran hutan di Australia baru baru ini. Serta terbaru isu Coronavirus yang menggemparkan dunia.

“Jadi berbalik kepada situasi sendiri terutama apabila Mama (Rohana Jalil) berdepan kesan sampingan yang teruk daripada produk yang digunakan, saya yakin hal sama juga terjadi kepada orang lain hingga menjadi mangsa.

“Maka sebab itu juga saya bangkit memulakan perniagaan KILAFIT sejak setahun lebih yang lalu kerana mahu berikan solusi penurunan berat badan terbaik tanpa kesan sampingan. Alhamdulillah misi itu berjaya dicapai menerusi testimoni yang menggunakan produk saya secara konsisten. Pelanggan dan pengguna produk saya  boleh turun berat badan dengan selamat secara purata 8 kilogram dan lebih dalam tempoh sebulan ,” katanya.

Tambahnya lagi, soal menjaga penampilan, bentuk badan mahupun kecantikan bukan semata mata dilihat daripada luaran.

“Kita menjaga kesihatan atau mahu menurunkan berat badan sekalipun bukan kerana aspek luaran semata mata. Bab dalaman juga harus dititikberatkan. Saya sendiri apabila mendengar banyak cerita di sekeliling terutama mengenai hal sakit tenat dan berita kematian di usia muda atau meninggalkan anak yang masih kecil, hati ini terpalit rasa sedih yang amat.

“Malah menerusi pengamatan dan pembacaan, kes kematian kerana berat badan berlebihan juga antara yang cukup membimbangkan. Tiada jaminan dan kompromi dalam bab ini. Hal sebegini terus menggerakkan saya dan pasukan kerja menetapkan misi baru KILAFIT untuk membantu orang di luar sana mencegah masalah kesihatan akibat berat badan berlebihan.

“Hingga menjurus kepada masalah kencing manis, kanser, serangan jantung, tekanan darah tinggi, period tidak teratur selain cabaran masa kehamilan,” katanya.

Bahkan, Kilafairy sendiri takut melihat mereka yang berdepan kesukaran dan kesusahan ketika bergelut dengan masalah kesihatan.

“Kesannya hingga perlu kerap ke hospital atau klinik untuk mendapat rawatan. Bil perubatan sekarang pun melambung tinggi hingga ada yang tak mampu membayarnya.
“Berbalik kepada KILAFIT, kami bukan mahu menjual ‘seksi’ atau perlu kurus semata mata, sebaliknya nak bantu mereka di luar sana yang ada masalah kesihatan dan mengharapkan masa depan yang lebih baik. InsyaAllah.

“Mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Kurus atau seksi itu cukup subjektif dan mungkin dilihat penting untuk meningkatkan keyakinan diri bagi sesetengah daripada kita.

“Namun di KILAFIT tiada gunanya semua itu jika kesihatan dalaman tidak dijaga. Keseimbangan dalaman dan luaran itu paling penting.

“Itulah juga misi dan azam KILAFIT pada tahun ini serta mendatang. Ia juga seiring dengan imej saya kini. Tagline KILAFIT juga menekankan peri penting Versi Terbaikmu.

“Bukan sahaja daripada sudut kesihatan, tapi bantuan khalayak ramai menerusi sudut taraf kehidupan melalui platform usahawan Agen & Stokis KILAFIT ,” katanya.

#AJL34 | Keputusan Penuh AJL34

$
0
0
Anugerah muzik berprestij, Anugerah Juara Lagu buat kali ke 34 pada 9 Februari 2020. Bersiaran langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil, AJL 34 kali ini membawakan tema “Warna-Warna Suara” demi mengangkat martabat komposer, penulis lirik serta penyanyi setiap lagu finalis AJL 34 ini.

Setiap tahun, AJL akan menobatkan pemenang dalam kategori; Persembahan Terbaik, Vokal Terbaik, Tempat Ketiga, Tempat Kedua, dan Juara Lagu. Pemenang setiap kategori akan memenangi sebuah trofi AJL dan hadiah wang tunai.

Dihoskan oleh Haziq Hotfm, Awal Ashaari dan Sherry Alhadad

Tempat pertama AJL 34 : Naim Daniel - Sumpah
RM 50, 000 berserta trofi AJL, voucher CJ WOWSHOP RM10,000

Tempat ke-2 AJL 34 : Aman RA - Bangun
RM 35, 000 berserta trofi AJL, voucher CJ WOWSHOP RM5,000

Tempat ke-3 AJL 34 : Bob Yusof - Anta Permana
RM 20, 000 berserta trofi AJL, voucher CJ WOWSHOP RM3,000

Anugerah Vokal Terbaik AJL 34 : Hafiz Suip - Kisah Cinta Kita
RM12, 000 berserta trofi AJL, voucher McDonalds RM10,000, CJ WOWSHOP RM1,000

Anugerah Persembahan Terbaik AJL 34 : Hafiz Suip - Kisah Cinta Kita
RM12, 000 berserta trofi AJL, voucher CJ WOWSHOP RM1,000

Anugerah Pilihan Peminat Aplikasi Setel : Haqiem Rusli - Lembah Kesepian

Tahniah semua! Semoga tak jemu memeriahkan industri muzik tanahair :D

Amalkan Olivenol Olive Essence untuk mengekalkan Kesihatan yang Baik

$
0
0
Sedar tak sedar umur Aten tahun ni 27 tahun! 
Bila umur dah meningkat ni mula lah kena risau dengan kesihatan luaran dan dalaman Aten. Kalau tak dijaga bebetul memang boleh cepat jatuh sakit. Dengan macam-macam penyakit yang ada dekat Malaysia ni. Corona Virus lah, cuaca tak menentu. Kalau tak jaga badan sendiri memang susah nanti bila dah sakit.

Jadi, tahun ni Aten ambik langkah berjaga-jaga dengan mengambil supplement tambahan untuk Aten dan keluarga Aten. Lepas dok tanya-tanya orang supplement apa yang sesuai untuk Aten dan family Aten. Then, kitorang decide untuk consume Olivenol Olive Essence. Korang pernah dengar tak?
Olivenol Olive Essence adalah serbuk jus buah zaitun kering sejuk beku yang dipatenkan. Korang pun tau kan banyak kebaikan kalau korang consume buah zaitu. Sekarang pun Aten tak guna minyak masak biasa dah. Aten guna olive oil. 

Olivenol Olive Essence mengandungi Hydroxytyrosol, salah satu antioksidan dengan nilai ORAC (kapasiti menyerap radikal oksigen) yang tertinggi dan polyphenols. Olivenol Olive Essence ni diadakan dalam bentuk kapsul. So, mudah je nak makan. Kalau Aten pergi travel pun mesti bawak sebab supplement ni travel-friendly. Mudah nak dibawa ke mana-mana. 

Manfaat Olivenol Olive Essence : 
  • Memberikan manfaat kesihatan
  • Perlindungan dari radikal bebas
  • Penjagaan kulit sihat agar lebih berseri dan lembap
  • Meningkatkan sistem imunisasi badan
  • Meningkatkan kesihatan jantung dan melindungi sendi

Ammar pun makan sekali tau Olivenol Olive Essence ni! Percaya takk? Hehehehe.
Tapi takde Aten bagi dia telan sebiji capsul ni. Kira Aten akan bukak kapsul tu, serbuk tu Aten campur dalam minuman dia. Yang selebihnya Aten lah yang makan :D

Korang boleh consume Olivenol Olive Essence 4 kapsul setiap hari. Kalau macam Aten, Aten makan sehari 2 biji kapsul. Nak jimat. Hehehe. Kalau kanak-kanak bawah 2 tahun macam Ammar, boleh ambil separuh 1 kapsul tu setiap hari.

Review Olivenol Olive Essence : 
Aten dah consume Olivenol Olive Essence ni dah 3 minggu. So far perubahan paling ketara yang Aten nampak ialah Ammar dah tak menggaru langsung! Eczema Ammar pun semakin pulih. Cuma kulit Ammar masih kasar. Aten just apply moisturizer Moogoo Troubled Skin Kit. Malam pun tidur lena je Ammar. Dia akan bangun bila nak susu je. Alhamdulillah tidur malam Aten pun tak terganggu macam sebelum ni. Bila tidur lena, bangun pagi pun cergas je untuk memulakan hari baru. Overall, Aten memang sangat berpuas hati dengan supplement Olivenol Olive Essence. Kalau korang mencarik supplement tambahan macam Aten, boleh cuba Olivenol Olive Essence ni okayy?

Olivenol Olive Essence boleh didapati di Alpro Pharmacy, Big Pharmacy, Caring Pharmacy, healthlane, multicare, georgetown pharmacy dan farmasi bebas yang lain.

Harga Olivenol Olive Essence : RM281 (60 kapsul 1 kotak)

Movie Review | Sonic the Hedgehog (2020)

$
0
0
Sinopsis Sonic The Hedgehog :
Sonic cuba menavigasi kerumitan hidup di Bumi dengan kawan terbaiknya yang baru - seorang manusia bernama Tom Wachowski. Mereka mesti segera bergabung untuk mencegah kejahatan Dr Robotnik dari menangkap Sonic dan menggunakan kekuasaannya untuk penguasaan dunia.

Trailer Sonic The Hedgehog : 
Review Sonic the Hedgehog :
Best gilaaaaa! Aten dah tunggu lama gilaaaa cerita ni. Yelaa dulu2 kan selalu main game sonic. Collect ring warna kuning tu. Korang pun mesti pernah main kann game ni kann. Ada yang complain character Sonic ni hodoh? Serious lahh? Aten tengok handsome je. Hahahah. Lain orang lain taste gituuu. Jalan cerita dia sangat straight forward. Takde pening2. Santai-santai gitu. Cerita ni macam cerita Enchanted lah. Dari dunia kartun dorang then kena ke bumi. Ada unsur2 lawak sikit. Overall keseluruhan cerita ni sangat mudah dan best. Aten bagi 4 dari 5 bintang. Hehehehe. Worth your money lah senang cerita. Go and book your ticket now! Kalau Aten, tengok 2 3 kali pun takpe kot. Hehehe

CTOS SecureID kini Dilengkapi Ciri Terbaru Perlindungan Kecurian Identiti dengan Takaful

$
0
0
Haritu Aten berkesempatan ke event CTOS. Mereka ada memperkenalkan ciri terbaru untuk pelanggan CTOS iaitu CTOS SecureID.

CTOS kini melancarkan CTOS SecureID, iaitu khidmat perlindungan penipuan dan pemantauan kredit untuk memerangi pencurian dan penipuan identiti yang semakin meningkat, selain membantu memantau kesihatan kredit pengguna. Perkhidmatanpemantauan dark web adalah yang terulung dilancarkan oleh agensi pelaporan kredit di Asia Tenggara.
PihakCTOS Data Systems Sdn Bhd (CTOS), iaitu agensi pelaporan agensi kredit terkemuka di Malaysia, memperkenalkan perkhidmatan itu kepada khalayak umum pada hari ini di majlis pelancaran yang dirasmikan oleh Y.Bhg. Dato' Dr. Haji Amirudin Bin Abdul Wahab, Ketua Pegawai Eksekutif Cybersecurity Malaysia.

Turut hadir ke pelancaran haritu ialah Kapten CTOS, Hisyam Hamid, bintang TV dan filem popular tanahair.
Pengguna yang melanggani perkhidmatan ini akan dimaklumkan jika ada berlaku sebarang perubahan profil kredit mereka, seperti permohonan kredit baharu, bayaran yang tertinggal, perubahan had kredit, penutupan kemudahan kredit, kemuflisan, kes litigasi dan juga amaran jika ditemui butiran peribadi dalam dark web. Dengan adanya semua ciri ini pengguna menjadi lebih proaktif supaya berwaspada dalam menjaga identiti mereka dan menguruskan kesihatan kredit masing-masing
“Melihat banyak sekali berlakunya pelanggaran data bukan sahaja di Malaysia, bahkan seluruh dunia, dan meningkatnya transaksi dalam talian dan jejak digital di media sosial menggunakan berbilang platform, maka pencurian identiti dan data kita boleh terjadi melalui pelbagai cara,” tegas Dennis Martin, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CTOS. 

“Dalam enam bulan pertama sahaja tahun 2019, kebocoran sebanyak 4.1 billion rekod peribadi di seluruh dunia telah berlaku akibat pelanggaran data.Banyak anasir jenayah menggunakanDark Web untuk urusan jual beli data orang ramai, jadi dengan alat pemantau baharu kami ini dapat memberi peringatan kepada pengguna jika maklumat peribadi dikesan dalam Dark Web. Selain itu, perlindungan Takaful yang turut disediakan memberi ketenangan fikiran seandainya anda menjadi mangsa penipuan dan pencurian.”

Dengan adanyaCTOS SecureID hari ini bermakna kami mempunyai perkhidmatan terulung dalam pasaran yang boleh membantu melindungi pengguna daripada pencurian dan penipuan, di samping membantu meningkatkan celik kewangan, sejajar dengan misi kerajaan untuk mempromosi pendidikan kewangan dan keterangkuman.
Sesiapa yang melanggan CTOS SecureID akan turut menerima sokongan berupa maklumat terkini mengenai panduan pencegahan penipuan dan pencurian, sokongan dalam hal-hal berkaitan pencurian identiti serta empat Laporan Skor MyCTOS setahun. Dengan bayaran hanya RM9.90 sebulan atau RM99 setahun, kini sesiapa je boleh menikmati perlindungan CTOS SecureID tanpa kerisauan.

Sesiapa yang ingin mendapatkan maklumat lanjut dan melanggani CTOS SecureID, boleh klik laman web mereka di https://www.ctoscredit.com.my

Tuala wanita Enya PERCUMA untuk semua wanita!

$
0
0
Dalam tahun pertama sejak dilancarkan, jenama yang diterajui oleh milennial, Elaine Hong selaku Pengasas/Ketua Pegawai Eksekutifnya, ingin mengubah cara kaum wanita melihat dan membeli produk penjagaan peribadi dan betapa pentingnya perkara tersebut. 

Enya, sebuah syarikat berasaskan teknologi diterajui wanita telah mendahului industri penjagaan peribadi wanita sejak dilancarkan pada tahun 2019 di Malaysia dengan produknya yang dijamin diperbuat daripada bahan organik. Terbaharu dalam usaha mereka untuk menawarkan penyelesaian holistik kepada golongan wanita moden, syarikat ini telah melancarkan produk baharu yang diperbuat daripada kapas organik dan ditawarkan secara PERCUMA kepada pengguna. Syarikat yang dikenali dengan pengalaman pengguna yang selesa semasa datang bulan ini kini telah melebarkan operasinya di Singapura dengan pelanggan setia tersendiri. 

“Kaum wanita kini lebih berhati-hati dengan produk yang digunakan pada badan mereka khususnya apabila melibatkan penjagaan peribadi. Mereka membuat kajian sendiri untuk memastikan produk yang menjanjikan hasil yang terbaik dan syarikat pengeluar yang mempunyai nilai-nilai yang sama,” kata Elaine Hong. 

Ditubuhkan pada tahun 2019 oleh Elaine Hong, Enya menjadi jenama pilihan wanita yang menggemari elemen aestetik milennial, bahan-bahan yang diyakini dan terbaharu - langganan percuma seumur hidup. Jenama mereka menjanjikan tuala wanita daripada bahan kapas organik terus ke pintu pelanggan, mengikut kekerapan penggunaan mereka. Buat masa ini, Enya menawarkan dua produk yang boleh dibeli secara dalam talian yang menepati inisiatif mereka untuk menyokong dan
menawarkan tuala wanita berasaskan bahan organik kepada kaum wanita. 
Tuala wanita kapas organik ‘Enya Basics’ : Penghantaran tuala wanita terus ke pintu setiap bulan secara mudah. Apabila anda melanggan Enya, pemotongan kad anda akan dibuat secara automatik mengikut kekerapan yang dipilih sama ada15 hari, 30 hari atau 45 hari. Kami akan menghantar email peringatan sebelum menghantar produk anda. Anda juga boleh menjarakkan atau membatalkan langganan anda tanpa mengira masa atau tempat. Pek pertama adalah percuma dan pelanggan hanya perlu membayar kos penghantaran sebanyak RM10.00. Kos penghantaran tambahan RM8.00 akan dikenakan bagi pek kedua dan seterusnya. 
Penjagaan peribadi wanita daripada kapas organik “Enya Premium” - Kapas organik menawarkan pengudaraan yang lebih baik dan mesra terhadap kulit untuk bahagian tubuh yang sensitif. Sebab itu tuala wanita Enya menjadi pilihan wanita yang menitik beratkan keselesaan. Harga biasa adalah RM18.00, manakala pelanggan bulanan boleh mendapatkan potongan harga 17%, dengan harga RM14.90. 

Enggan menganggap datang bulan sebagai subjek sensitif untuk dibincangkan, Elaine berkata, “Kita semua sudah faham bahawa kitaran haid mempunyai kaitan dengan keseimbangan tubuh badan. Sebab itu kami berhasrat untuk bekerjasama dengan rakan-rakan lain untuk mewujudkan satu komuniti yang membolehkan wanita untuk berbincang tentang topik seperti ini secara terbuka. Kami hendak memastikan ada pilihan bagi penjagaan peribadi wanita yang mudah didapatkan menerusi Enya Basics. Kami juga mengajak kaum wanita di luar sana untuk menyertai perjalanan
kami ini”. 

Tuala wanita kapas organik Enya menampilkan lapisan luar yang diperbuat daripada kapas organik yang mesra terhadap kulit tanpa penggunaan pewangi dan bahan kimia. Dengan ciri-ciri amat tipis dan cepat serap yang ada, anda pasti terlupa seketika yang anda sedang menggunakan tuala wanita ini sepanjang hari. 
Sejajar dengan ‘Perintah Kawalan Pergerakan’ (PKP) di Malaysia, syarikat ini mempergiatkan penggunaan platform dalam talian mereka untuk menguar-uarkan tentang tuala wanita yang boleh didapatkan secara percuma. 

Dengan bekalan tuala wanita yang berkurangan di kedai-kedai dan semua orang mengehadkan pergerakan meeka, Enya mahu kaum wanita tahu bahawa jenama ini akan terus memenuhi keperluan peribadi mereka setiap hari.

Asyraf Khalid bengang dikait tumpang pengaruh Datuk K

$
0
0
KUALA LUMPUR:  Lagi lagi Datuk K? Ala senanglah bisnes maju sebab kabel bapa sendiri yang power? Datang daripada keluarga senang, nak apa petik jari mesti dapat? Dan macam macam lagi pandangan sinis yang diterima Asyraf Khalid apabila mula meneroka dunia niaga.

Anak ketiga daripada lima beradik kepada ahli perniagaan terkenal, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K) itu mengakui ada kalanya skeptikal itu pantas menyentak diri.

Siapa tak bengang segala usaha titik peluh dan kerja keras selama bertahun tahun termasuk mengukuhkan perniagaan jamu Mutyara Beauty sejak dua tahun lalu bersama isteri (Tya Arifin) dilihat mendapat lesen serta laluan mudah hanya kerana pengaruh bapanya.

Malah, papa kepada dua cahaya mata comel, Arif Jiwa dan Azzahra Jiwa ini juga dilihat beruntung kerana mempunyai ibu tiri, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang mempunyai pengaruh besar dan kemasyhuran di arena seni serta perniagaan.
Meraikan ulang tahun kedua perniagaan Jamu Mutyara diusahakan isterinya pada 20 April ini, Asyraf terpanggil berkongsi perjalanannya membina empayar perniagaan sendiri.

Selain Mutyara, Asyraf juga antara mastermind perniagaan jenama Kilafit diusahakan Kilafairy serta Jiwaku Kids menampilkan anak sulungnya, Arif Jiwa.

“Hati siapa yang tak terguris kalau balik balik pandangan sama yang dilemparkan orang luar serta pemerhati dunia niaga. Rasa kadang kadang macam loser, kerana mereka fikir saya kecapi semua ini dengan cara mudah selain tanggapan klise.

“Jujur saya tak boleh menafikan rasa bengang, jelak dan amarah itu pernah bersarang sampai naik geram. Biasalah yang orang nampak hanya keindahan, di sebalik semua itu... tak ada siapa yang tahu.

“Cuma tak adil jika mereka terus berandaian begitu dan begini. Tapi kalau terus larut dengan rasa negatif itu pun saya tak akan ke mana. Saya lawan segala rasa,” katanya membuka bicara.

Kata Asyraf, dia bersyukur diberi ruang merasai kesyukuran sebelum mengecapi kemanisan dalam hidup serta dunia perniagaan.

Jelasnya lagi, dia  mula berjinak jinak dalam dunia perniagaan tanpa langsung menggunakan pengaruh ayahnya. 

“Saya bertatih sendiri dari bawah. Ikutkan sejak usia tujuh tahun lagi saya sudah jual pen di sekolah dan macam macam lagilah lubuk perniagaan yang dicuba. Saya betul betul serius mahu bergelar ahli perniagaan sejak usia 22 tahun hinggalah sekarang.
“Saya dan pasukan kerja kena kerja keras untuk menakluki apa yang diraih  kala ini. Isteri saya juga antara insan penting yang berada dalam pasukan kerja itu.

“Setiap hari kami kena kerja keras. Ia tak datang bergolek begitu saja. Saya tak guna kabel pun, tak ada merayu bantuan ayah sekalipun untuk keluar modal.

“Saya sedar juga dalam dunia niaga ini bukan semua yang kita buat akan beroleh kejayaan. Ada juga perniagaan yang saya buat berakhir begitu saja. Namun itu bukan penamat segala galanya,” katanya.
Tambah Asyraf, isteri tercinta yang dikahwini sejak 1 November 2015 menjadi saksi jatuh bangun dirinya.

“Tya banyak melihat dan melalui serba serbi kesukaran dan kepayahan hidup. Bisnes yang gagal dilakukan juga berakhir dengan pelbagai ujian termasuk saya berdepan dengan hutang yang banyak.

“Pernah satu tahap saya dan isteri sampai kena catu makanan kerana kekangan duit. Kami hanya ada RM10 untuk memilih sama ada makan nasi goreng di kantin atau di restoran Mamak.

“Lepas itu nak bina perniagaan baru balik bukan mudah. Tapi saya berkeras untuk melaluinya tanpa meminta pertolongan sesiapa. Termasuk ayah. Saat saya bernikah dan mempunyai anak,diri ini terfikir takkan nak beli lampin pakai buang pun ayah masih nak tanggung.

“Berbekal semangat, ilmu dan pengalaman termasuk ketika belajar dengan syarikat Richworks , saya bangkit semula. Perjuangan itu bagai baru bermula dan perlahan demi perlahan, saya  bina kembali empayar dunia niaga sekali gus mengangkat jenama Mutyara sehabis baik,” katanya.
Sejak dua tahun lalu juga, Asyraf dan Tya begitu optimis membangunkan perniagaan jamu jenama Mutyara. Jamu itu lebih membanggakan merupakan legasi turun temurun diamalkan keluarga isterinya yang dikomersial.

“Saya dan isteri bina jenama jamu ini kerana kita mahu menambah nilai sekali gus membantu lebih ramai orang di luar sana sama sama menikmati khasiat jamu itu. Tak hanya di situ kita juga buka peluang untuk lebih ramai lagi menjana pendapatan dengan sama sama berniaga jamu berkenaan.

“Perjalanan nak sampai ke sini bukan mudah. Sebab itu apabila saya dapat komen skeptikal hanya kerana saya anak Datuk K semua dilihat mudah, hati ini jadi cepat terasa. Saya juga manusia yang ada hati dan perasaan macam orang lain.

“Dalam hal sebegini, ia bukan mengenai dia itu anak siapa. Ramai juga yang kita tahu anak orang berada lebih selesa tidak berbuat apa termasuk menjalankan perniagaan kerana mereka sudah terbiasa mendapat wang dengan mudah. Itu pilihan masing masing.

“Sebenarnya ada ramai usahawan berjaya yang saya lihat boleh berjaya tanpa bergantung kepada sesiapa. Malah mereka sebenarnya bermula dari ‘zero’,” kata abang kepada Siti Aafiyah Khalid ini.

Tambah Asyraf lagi, dia banyak melihat contoh dan idola di luar sana yang berasal dari kampung namun beroleh kejayaan membanggakan.

“Saya tengok kejayaan sebegini jadi inspirasi dan penyuntik semangat.
Sebagai contoh ada rakan niaga saya yang buat jualan  tahun lepas mencecah lebih daripada RM20 juta. Tahun ini pula dalam masa 3 bulan dia sudah buat keuntungan lebih RM15 juta.

“Kejayaan dia itu jujur buat saya cemburu  dan bengang. Namun dalam konteks yang positif. Mereka mula dengan tak ada apa apa namun boleh berjaya. Lalu kenapa  saya tak boleh berjaya macam itu dan jadi seperti mereka?,” katanya.

Tutur Asyraf lagi, jika dia mahu mencari kejayaan pantas nescaya boleh dilakukan dengan menggunakan pengaruh ibu tirinya (Siti Nurhaliza) dan Datuk K sejak dari dulu

“Kalau mahu berjaya dengan cara sebegitu, barangkali sudah lama saya guna jalan pintas. Malah tak hanya disitu apabila saya menggunakan Tya untuk menerajui perniagaan jamu kami, ada pula yang cakap senanglah sebab isteri saya bergelar artis atau figura awam.

“Maka wujudlah stigma guna artis senanglah jalan perniagaan yang diteroka. Tapi pandangan itu tak tepat dan sangat salah. Hakikatnya ada saja artis yang menceburi perniagaan tapi akhirnya gulung tikar dan lingkup.

“Pada akhirnya semua berbalik kepada soal rezeki, tuah, usaha dan niat. Bergelar artis atau dilahirkan dalam keluarga berpengaruh belum tentu jadi jaminan,” katanya.
Katanya lagi, produk yang dijual itu juga harus bagus dan berkualiti. Ia tidak semata mata menjual jenama artis atau pengaruh saja.

Malah Asyraf juga terbuka untuk membantu masyarakat menjana pendapatan sampingan.

“Kita pun harus beri latihan yang mampan kepada pengedar, agen atau stokis. Artis pun kalau keluarkan produk yang tidak membantu, akan berakhir dengan kegagalan juga

“Sebenarnya nak buat bisnes  ini ada banyak faktor untuk berjaya. Malah kalau ada yang nak saya bantu, diri ini berlapang dada untuk menerima mereka dengan tangan terbuka.

“Niat saya adalah untuk membantu lebih ramai orang beroleh pendapatan sampingan. Lebih-lebih dalam keadaan semasa negara kita berdepan ujian penularan wabak Covid 19 hingga membuatkan ekonomi jadi tak menentu.

“Kalau boleh buat pendapatan sampingan dari  RM 1000  hingga RM 5000 sebulan pun kira okay saat ini. Tak kisahlah siapapun saya, diri ini mahu membantu lebih ramai orang menjana pendapatan tanpa mengeluarkan modal.

“Kita ada buat Business Oppurtunity Session secara online, untuk membantu lebih ramai orang, walaupun dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.  Ayuh bersama kami demi menjana pendapatan ketika ramai yang terkesan dengan situasi semasa,” katanya

Di akhir bicara, sekalipun selesa berdikari dalam dunia perniagaan, Asyraf berbangga kerana dia memiliki tenaga sokongan jitu di belakang iaitu keluarga tersayang.

“Jujur saya juga bangga dan bersyukur menjadi anak kepada Datuk K. Itu satu fakta yang tak boleh diubah. Namun seperti saya katakan, diri ini selesa berdikari dan jauh sekali bergantung harap kepada ayah.

“Saya bersyukur sebab ayah banyak mendidik sejak kecil dan membentuk untuk diri ini menjadi seorang yang berdikari tanpa meminta-minta kepadanya. Masa muda, ayah paling pantang kalau saya minta duit kepadanya. 

“Ayah nak saya faham tentang erti kehidupan dan kebiasaan mencari wang sendiri. Itu yang membuatkan saya takut untuk minta apa-apa daripadanya sampai sekarang. Itu juga yang membuatkan saya jadi sebegini berkat didikannya,” katanya.

Sedari dulu, Asyraf  hanya mahu membanggakan ayahnya.

“Dari kecil, ayahlah yang berikan segala galanya untuk saya. Apabila sudah meningkat dewasa dan berkahwin, mana mungkin saya nak susahkannya lagi selain terus berada di bawah ketiaknya.

“Sebenarnya awal tahun ni, ayah ada  meminta saya membantu untuk mengukuhkan jaringan jenama Simplysiti di Indonesia. Namun  saya fikir, sekarang adalah masa untuk membantu  isteri dan pasukan jamu Mutyara  melangkah ke tahap yang lebih tinggi.  Lalu permintaan ayah itu saya terpaksa tolak dengan baik,” katanya.

Untuk maklumat lanjut, klik :
Berminat nak jadi stokist boleh hubungi 012 579 9011 untuk di bantu oleh team Mutyara.

Cantiknya Koleksi Hijab Summer Raya Shera Lee!

$
0
0
Hey guyss!
Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni korang buat apa? Aten semestinya melawati beribuuuu laman web untuk window shopping. Yelaa, dah tak boleh pergi shopping mall kann. Macam ni je la cara untuk mengubat hati yang lara tak dapat keluar rumah. Memandangkan PKP ni pun macam kena extend je lagi, Aten decide untuk beli persiapan puasa dan raya online je.

Dalam banyak-banyak laman web yang Aten tengok, Aten tertarik dengan laman web Shera Lee. Koleksi baru raya dorang : Summer Raya 2020 Shera Lee. Website Shera Lee sangat straight to the point dan user friendly. Senang nak tengok dan cuci mata by collection yang dorang ada.

Koleksi Summer Raya baru Shera Lee ni bagi Aten sangat unik dan lain dari lain. Kira macam ada aura dorang sendiri lah. Sangat sesuai untuk mereka yang ingin tampil berani dan elegan macam Aten dan sesuai untuk semua peringkat umur. Koleksi kali ini menampilkan 4 variasi yang boleh dipilih dengan 13 rona warna yang menarik. Kombinasi warna pun just nice complement to each other.
Bila dapat parcel dari Shera Lee, tengok packaging dorang ni rasa macam dapat hadiah pulak. Hehehe. Pandai team Shera Lee ambik hati Aten. Tudung-tudung ni pun dorang wrap elok-elok guna bubble wrap so takde kemik2. Tengok la kotak tu cantik kannn. Ada 3 tudung dengan 2 anak tudung.
Fallen Sakura in Winter Teal
Nampak takkk hint baju raya Aten warna apa tahun ni? Hahahha
Warna teal ni biru kehijauan warna dia. Aten pulak memang suka dengan bunga sakura. Nak pergi negara yang ada bunga sakura tak sempat lagi. Pakai tudung yang ada bunga sakura pun jadi lah. Hahahah. Material tudung koleksi Summer Raya ni Satin Matte. Kain dia nampak macam licin tapi tak licin sangat. Sebab matte kan. And suprisingly, senang gila nak pakai dan bentukkan tudung ni. Sesuai sangat dengan bentuk muka Aten yang bulat ni. Hahahah. Yang penting, tudung ni ringan gilerr rasa macam tak pakai tudung and bidang besar. So, boleh gayakan macam-macam style dan menutup dada. 
Satin Matte in Fossil Grey
Satin Matte in Walnut
Ni pulak Shera Lee Basics Shawl. Sangat lembut material dia. Senang gila nak bentuk. Kalau ada sesiapa yang tak suka shawl yang corak-corak, korang boleh dapatkan yang basic punya. Warna dia cantik-cantik dan nampak elegan bila pakai. Sesuai sangat pakai untuk pergi event ataupun bekerja di ofis. Yang penting tak nipis, ringan dan tak panas pun bila pakai shawl ni.
Viscose in Army Green and Dusty Periwinkle
My first impression bila pakai anak tudung ni...wehhh lembut gilaaaaa material snowcaps ni! Macam tak pakai anak tudung. Ringan gila! Memang sangat selesa. Aten pakai pin kat belakang anak tudung ni sebab Aten lagi selesa anak tudung tu ketat. Lain orang lain cara pakai kan. Hehehe. 
DISKAUN CODE : SUMMER2020
Kempen Summer Raya ni telah dilancarkan pada 20 March 2020 dan di atas sambutan yang sangat menggalakkan, pihak Shera Lee melanjutkan tempoh untuk tebus KOD DISKAUN yang akan tamat pada pertengahan April. Korang akan dapat jimat sehingga RM38 bila korang beli 2 helai tudung dengan harga RM160 dan penghantaran adalah percuma (Semenanjung Malaysia saja) 

Untuk maklumat lanjut mengenai Summer Raya 2020 Shera Lee, korang boleh tengok media sosial dorang okay kat bawah ni :
Address GP3.03, 3rd Floor Treehouse Tamarind Square, 63000 Cyberjaya, Selangor 

Semak Laporan Skor MYCTOS Anda Secara Percuma!

$
0
0
Hi semua!
Mesti korang bosan kan dah sebulan dok rumah je. Mesti dah taktau nak buat apa kan? Samalah kita!

Meh sini Aten nak share dengan korang salah satu benda yang korang boleh buat semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni.

https://ctoscredit.com.my/ctos-cares/?utm_source=Blog-fatinbella&utm_medium=Banner&utm_campaign=Blog-Score
Yessss! Betul apa yang korang baca tu. PERCUMA JERR!

I'm sure ramai dalam kalangan readers Aten risau dengan adanya COVID-19 ni. Yelah, kalau duduk rumah, bisness tak jalan. Macam husband Aten. Bisnes dia time COVID-19 ni memang tak boleh buat langsung. Cuma berharap dekat saving je. Bila semua bisnes tak jalan, ekonomi Malaysia mesti menurun kan. Iyerr, keadaan ekonomi semasa dapat mempengaruhi keadaan kewangan kita tau. Korang kena tau tu. Jangan dok rumah je tengok netflix dan ternak lemak je. Hehehe.

Jadi, CTOS, agensi pelaporan kredit terbesar di Malaysia berbesar hati nak bagi sehingga 100,000 laporan kredit Skor CTOS PERCUMA bernilai RM 2.5 juta dengan tujuan untuk membantu rakyat Malaysia untuk memahami kedudukan kewangan kita dengan lebih baik.


Pengguna ataupun usahawan yang mana terkesan dengan impak COVID-19 disarankan untuk menghubungi pemberi pinjaman dan pemiutang mereka secara langsung untuk membincangkan pilihan jangka panjang mereka dan CTOS mendorong rakyat Malaysia untuk bersikap proaktif dalam memantau kredit masing-masing sepanjang tempoh yang sukar ini.

Korang boleh dapatkan salinan laporan Skor MyCTOS percuma korang dengan melayari www.ctoscredit.com.my/ctos-cares.

CTOS juga menyediakan sokongan yang lebih lanjut dan terperinci untuk pengguna yang ingin meminimumkan kemungkinan kesan negatif akibat COVID-19 dengan memberikan maklumat berterusan tentang bagaimana laporan dan skor kredit berfungsi. All you have to do is klik website CTOS je! https://www.ctoscredit.com.my

Buttonscarves X Elfira Loy, Gaya Muslimah 'modest'

$
0
0

Siapa kat sini tak kenal Elfira Loy kan? Yang kecik comel tuuu, yang pernah dikenali di Indonesia kerana beberapa kali bergandingan dengan pelakon lelaki di sana, baru-baru ini mencipta sejarah tersendiri apabila diberi peluang untuk bekerjasama dengan jenama tudung popular, Buttonscarves di sana.

Artis bertudung yang memiliki seramai 4.8 juta pengikut di Instagram itu menjadi artis Malaysia pertama bersatu dengan jenama dari seberang ini.
Sebagai permulaan Buttonscarves x Elfira Loy  hadir dengan sebuah koleksi istimewa dipanggil The Maharani Series yang sesuai digayakan di bulan Ramadan dan Syawal kelak. Tengok kotak tu sweet kan warna dia. Dedua warna feveret Aten. Hahahha

Elfira berkata, kerjasama mereka tercetus dengan sekelip mata dan tanpa diduga. Malah ia bagai dirahmati dan dipermudahkan. Asalnya Elfira Loy memang peminat tegar jenama yang sudah empat tahun berkembang di negara jiran itu.
Koleksi itu dilancarkan di Indonesia pada hari ini, 24 April yang juga hari pertama kita meraikan Ramadan penuh mulia.

Koleksi The Maharani Series memiliki 13 warna dengan motif yang mengangkat elemen senibina di India. Koleksi ini menggunakan bahan scarf kapas voal dan satin silk yang selesa untuk dipakai.

“Pada awalnya kerjasama itu mahu dimulakan selepas musim raya. Namun tanpa diduga ia dipercepatkan. Pihak mereka merancang untuk menjalankan fotografi sebuah  koleksi tudung di Jaipur, India dalam masa singkat beberapa bulan lalu. Buat permulaan kerjasama ini berlangsung untuk dua bulan bermula April hingga Mei.  InsyaAllah tiada aral melintang, kerjasama ini akan berpanjangan,” kata pemilik nama penuh Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri ini.

Menurut ibu kepada Muhammad Rayyan Khalaf berusia enam bulan itu, kerjasama itu bermula daripada perbualan di kotak mesej langsung (DM) di Instagram. Dari DM, kami berlanjutan ke aplikasi WhatsApp.  Pendek kata, dari awal lagi ia berjalan dengan lancar. Saya juga anggap ini rezeki anak sulung. Alhamdulillahh rezeki anak kan.
Elfira Loy sejak dua tiga tahun lalu juga sebenarnya menjadi peminat secara diam kepada jenama ini. Kalau terbang ke Jakarta, mesti beliau akan membeli skaf dan tudung jenama berkenaan kerana material dan kualiti kainnya cukup selesa dan kemas.

“Pada masa sama, saya dapat tahu mereka juga mengintai untuk bekerjasama dengan artis Malaysia. Difahamkan ada beberapa calon lain, tapi rezeki berpihak kepada saya. Sesuai dengan nama koleksi ini, saya yakin mereka yang memakainya akan berasa seperti seorang ratu atau maharani ,” katanya.

Ditanya mengenai menyambut Ramadan dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasa kerana mahu membendung penularan wabak Covid 19, Elfira mengakui akur dengan ujian terjadi.

“Jika Ramadan tahun lalu saya menyambutnya dengan keadaan berbadan dua dan kerterbatasan itu ini, nikmat bulan penuh keberkatan itu tidak terlalu dirasai.

“Jadi saya memang ternanti nanti Ramadan kali ini. Tapi siapa mampu menyangka kita didatangi ujian saat ini. Pasti terasa kerinduan kepada perkara yang selalu sinonim dengan bukan Ramadan seperti bazar dan solat Terawih. Tak mengapa kita tak perlu bersedih sangat. Kita raikannya dengan cara bersederhana,” katanya.
Sementara itu, pihak Buttonscarves melihat kerjasama terjalin dengan Elfira cukup tepat dengan personaliti, aura dan imej bertudung dimilikinya.

“Ini juga kerjasama perdana dan sulung kami dengan artis dari negara lain. Cita cita itu dah lama dan akhirnya berjaya direalisasikan kini. Malaysia dan Indonesia sendiri negara serumpun yang berhubungan baik.

“Selama ini kami mencari calon yang sesuai berkolaborasi dengan Buttonscarves. Ternyata Elfira sudah menjadi seorang penggemar Buttonscarves sejak dulu. Personaliti dimilikinya juga menjadi terjemahan nuansa fesyen kami.

“Setelah berbincang kami pun memutuskan untuk menjalinkan kerjasama  khusus di bulan Ramadan ini. Kami juga merancang untuk membuka premis jenama tudung ini di tiga pusat beli belah di Malaysia termasuk Avenue K kelak,” ungkap Linda Anggrea selaku Pengarah Kreatif Buttonscarves.

Koleksi ini dinamakan Maharani kerana gelaran itu di India diberikan kepada pemimpin wanita. Dalam bahasa sanskrit India, erti nama Maharani merupakan gabungan dari kata Maha yang bererti Agung dan Rani yang dimaksudkan sebagi Ratu.
Koleksi ini diilhamkan daripada istana di Jaipur, India yang merupakan destinasi terbaru Buttonscarves ketika sesi fotografi koleksi diadakan. India merupakan destinasi yang masih tergolong unik dan patut diteroka keraan banyak menonjolkan keunikan seni bina, motif, dan budaya.

Korang boleh dapatkan The Maharani Series di  laman sesawang, www.buttonscarves.com dan juga aplikasi Buttonscarves. Ketika ini pihak Buttonscarves turut memberi diskaun penghantaran percuma  kepada pelanggan yang membeli tudung buttonscarves RM200 ke atas. Harga jualan bermula dari RM125 hingga ke atas. Hasil penjualan siri tudung The Maharani Series ini juga akan digunakan untuk membantu mangsa COVID-19 di Indonesia dan Malaysia. Membeli sambil menderma gitu.

Jenama Buttonscarves yang bermula sejak 2016 itu bukan sahaja sukses di Indonesia. Malah di pasaran Asia Tenggara seperti Malaysia, Singapura, Brunei Darussalam hingga sempat bertandang ke negara Uncle Sam (U.S)

Untuk maklumat lanjut mengenai Buttonscarves ni, korang boleh klik, 

Resepi Berbuka Mudah Menggunakan Kentang A.S

$
0
0
Sedar tak sedar harini dah masuk 6 Ramadan. Dah 6 hari kita berpuasa. Cepat kan masa berlalu. Memandangkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ni dilanjutkan, bazar Ramadan pun tak dibenarkan bukak. Jadi, ramai yang masak sendiri untuk berbuka dan sahur kann. Termasuk lah Aten. Memang menjimatkan! Keadaan ini merupakan salah satu peluang untuk kita mencuba pelbagai resipi sihat yang yang boleh disediakan di rumah untuk terus kekal sihat sepanjang musim wabak pendemik ini

Kat sini Aten nak share resepi berbuka yang sangat mudah tapi mengenyangkan! Dengan hanya menggunakan kentang A.S je. Kentang A.S adalah ramuan yand sangat baik dan serba boleh untuk digunakan dalam penyediaan makanan untuk iftar and sahur.Btw, korang tau tak khasiat kentang A.S?
Kentang A.S. ialah contoh sumber karbohidrat yang baik. Ia kaya dengan Vitamin B6 dan C. Kentang bersifat serba guna dan mengenyangkan, menjadikannya sumber makanan yang berkhasiat tinggi. Ianya diminati ramai kerana mutunya yang tinggi. Ini kerana suhu penanaman yang ideal, tanah yang subur, pemprosesan terkini dan kepakaran yang diwarisi sejak turun-temurun. Semua faktor ini menjadikan kentang A.S. antara kentang yang terbaik dunia. Tambahan lagi, piawaian ketat industri yang memenuhi semua spesifkasi Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan A.S., memastikan Kentang A.S. selamat dan bermutu tinggi. Kentang A.S tidak mengandungi lemak, natrium atau kolesterol. Malah, ia hanya mempunyai 110 kalori setiap hidangan.

Tips Pemakanan oleh Cik Nurul Aziah Musa, Consultant Dietations semasa di bulan puasa : 

1. Amalan Ketika Bersahur 
  • Pastikan anda bersahur kerana ianya merupakan sunnah, dapat mengawal tahap gula darah dan memberikan tenaga sepanjang hari.
  • Pastikan pengambilan karbohidrat kompleks seperti Potatoes USA untuk membekalkan tenaga lebih lama
  • Kurangkan pengambilan garam untuk mengurangkan rasa haus pada siang hari
  • Elakkan pengambilan kafein kerana ianya boleh mempercepatkan dehidrasi kesan daripada diuretik
2. Amalan Ketika Berbuka/Iftar
  • Semasa iftar, adalah digalakkan untuk kita mengambil makanan yang ringkas seperti kurma terlebih dahulu untuk mengelakkan ketidakselesaan kepada sistem penghadaman kita.
  • Utamakan air kosong dalam 6 ke 8 gelas sehari.
  • Makan secara perlahan dan tidak gelojoh
  • Kawal saiz hidangan makanan
  • Kurangkan pengambilan makanan berlemak dan berminyak
  • Kurangkan makanan tinggi gula dan garam
Amalan pemakanan sihat yang boleh kita amalkan semasa bulan Ramadan adalah sama seperti dengan bulan-bulan yang lain. Islam melarang untuk makan secara berlebihan dan menggalakkan kesederhanaan dalam pengambilan makanan. Kita mesti mengambil  makanan dari semua kumpulan makanan berdasarkan kepada Piramid Makanan Malaysia iaitu nasi, roti, bijirin dan hasil bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran, ikan, ayam, daging dan kekacang, susu dan produk tenusu serta sedikit minyak, lemak, gula dan garam. Selain itu, kita juga perlu mengambil air yang mencukupi. 
Kebaikan Kentang A.S.di Bulan Ramadan :

  • Sumber Vitamin C yang sangat baik
  • Sumber Potassium yang lebih tinggi dari pisang
  • Sumber vitamin B6 dan serat
  • Mengawal ketidakhadaman dan pedih ulu hati ketika berpuasa 
  • Membantu merasa kenyang untuk tempoh masa yang lebih panjang
  • sumber tumbuhan yang semestinya tiada lemak dan tiada kandungan kolestrol
  • Sumber makanan tinggi Vitamin C berfungsi sebagai antioksidan di dalam badan yang boeh menghapuskan radikal bebas dan membantu meningkatkan penyerapan zat besi di dalam badan.
Aten nak share 2 resepi mudah yang dibuat oleh Cik Nurul Aziah Musa :
Begedil Kentang A.S. (U.S. Potatoes) dan Oats Air Fryer

Bahan-bahannya :
2 biji kentang Russet A.S (rebus dan lenyek)
2 biji telur
8 sudu besar oats
Cili merah / cili hijau hiris halus
5 sudu besar bawang goreng
1 biji bawang besar
Garam
Lada sulah
Lada hitam

Cara Penyediaan:
  1. Gaul sebati semua bahan2 dan bentukkan bulat
  2. Renjis dengan minyak zaiton
  3. Panaskan air fryer dengan suhu 180c
  4. Masukkan begedil ke dalam bakul air fryer. Masak selama 10 minit
  5. Siap untuk dihidangkan

Resipi ini menghasilkan 4 hidangan. Kanduang nutrien setiap hidangan adalah seperti berikut:
  • Kalori 133
  • Protein 5.5g
  • Lemak 3.3 g
  • Serat 0.7 g
Hidangan ini adalah sihat kerana menggunakan air fryer dan kita dapat mengurangkan penggunaan minyak. Begedil boleh dimakan bersama hidangan lain dan boleh juga dimakan bersama sup soto ketika berbuka.
Pai Kentang A.S. (U.S. Potatoes) Daging Sihat Ramadan

Bahan-bahannya : 
4 biji kentang Russet A.S, buang kulit dan potong dadu
1 biji lobak merah
1 sudu makan mentega
4 sudu makan bawang holland cincang
50 gm keju cheddar
Sedikit garam
Sedikit lada hitam
1 sudu makan minyak sayuran
1 bji bawang cincang
500g daging kisar
2 sudu makan tepung
1 susu makan sos tomato
180 ml stok daging

Cara Penyediaan : 
  1. Rebuskan kentang Russet A.S hingga lembut. Tos dan lenyek, campurkan mentega, bawang cincang dan keju chedar. Perasakan dengan garam dan lada hitam. Gaul rata dan ketepikan.
  2. Rebus lobak hingga lembut. Tos dan lenyek. Ketepikan.
  3. Panaskan minyak, masukkan bawang cincang dan tumis layu. Masukkan daging cincang dan masak hingga daging menjadi perang. Masukkan tepung dan masak sebentar.
  4. Tuangkan stok daging dan sos tomato. Biarkan mendidih, kawal api dan masak selama 5 minit.
  5. Tuangkan daging dalam Loyang dan ratakan. Kemudian masukkan lobak dan ratakan, diikuti adunan kentang Russet A.S dan akhir sekali taburkan keju cheddar di atasnya. 
  6. Bakar selama 25 minit dalam ketuhar pada suhu darjah 190 C sehingga ia masak sepenuhnya.
  7. Sedia untuk hidang dan dinikmati.
Resipi ini menghasilkan 4 hidangan. Kandungan nutrien setiap hidangan adalah seperti berikut:
  • Kalori 377
  • Protein 34.2
  • Lemak 13.6 g
  • Serat 1.4 g
Resipi ini mudah dah ringkas untuk juadah lengkap ketika bersahur. Ia sesuai untuk semua golongan umur dan rasanya yang enak pasti akan membangkitkan selera ketika bersahur terutamanya untuk anak-anak.

Mudah kan resepi dari Cik Nurul Aziah Musa, Consultant Dietations ni? ianya merupakan pilihan yang bagus dan mudah untuk bekalan tenaga sepanjang berpuasa. Apabila bertenaga, secara langsung kita mampu meningkatkan tumpuan dan menjadikan kita lebih aktif sepanjang hari. 

Untuk mengetahui lebih tentang Kentang A.S, sila lawati laman web 

Rebut Peluang untuk Menang Wang Tunai dengan hanya Membeli Produk Nestle di PG Mall

$
0
0
Salam Ramadan ke 19 semua!
Cepat je kann dan 19 Ramadan. Rasa macam baru je berpuasa haritu. Macam mana puasa korang? Ok ke? Puasa kali ni Aten rasa ok gilaaaa sebab dah lama dok rumah sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni dilancarkan, takde rasa penat bekerja masuk ofis dan berjalan sana-sini. Kerja pun dari rumah. Alhamdulillahh ada banyak masa untuk luangkan masa dengan Feeq dan Ammar. Siapa sangka hujung bulan ni Ammar dah 2 tahun. Dah 2 tahun Aten jadi mummy gais! Memula dulu macam tak confident. Tapi kalau tak cuba taktau kann. Dengan bantuan suami, parents dan kawan-kawan, semua dipermudahkan. Hehehehe
Tadaaaaaa! 
Ni merupakan benda wajib ada dalam fridge seorang Aten! Cereal koko krunch, cornflakes, susu kotak full cream nestle, milo kotak dan milo serbuk. Yepp thats truee! Produk Nestle merupakan salah satu brand yang sentiasa dekat dyngan hati Aten since Aten kecik. Ingat lagi time nak pergi sekolah pagi-pagi, mesti wajib minum 1 kotak susu full cream ataupun 1 milo kecik. Bila masuk ke kolej duduk rumah sewa pulak, wajib yerr beli kotak besar dan kotak kecik koko krunch. Kalau kotak besar tu Aten buat makan pagi-pagi sebelum pergi kelas. Kalau yang kotak kecik pulak Aten buat bekalan dalam kelas. Rindunya nak belajar balik! Korang pun tau kan pengambilan sarapan pagi sangat penting untuk membekalkan tenaga sepanjang hari untuk lebih cergas dan produktif. Bila dah kawen ni, Aten berjaya hasut Feeq untuk minum susu full cream Nestle ni. Hahahhaha! Pelik tau orang yang tak suka minum susu ni, susu ni sedap gila weiii. Banyak khasiat pula tu. Bukan untuk budak kecik je, yang dewasa pun boleh minum tau.  Elok untuk kesihatan kita dan  ketahanan tulang dan gigi kita.  Susu boleh disamakan dengan dua keping sandwic ayam dan sesuai bagi menggantikan menu untuk sarapan. Nak lagi sedap, campur susu Nestle Full Cream sejuk dengan koko krunch. Fuhhh! Bertambah makan wehh. Bila dah ada anak ni, lagi la takde masa kan. Mana nak jaga anak, mana nak makan. The best solution semestinya makan cereal dari Nestle ni. Mudah dan mengenyangkan! Sekarang ni pun Aten dan Feeq sahur makan cereal Nestle dengan susu full cream. Kenyang sampai berbuka! 

Cuba korang share dekat ruangan komen bawah ni, apa yang korang dah buat sepanjang PKP ni? Mesti banyak gilaaaaaaaaaaa kan! Sama lah macam Aten. Apa benda yang viral je mesti cuba.
Dalgona Nescafe

Ni salah satunya! Hhahahhaha air dalgona viral. Husband Aten paling semangat nak cuba. Almaklumlah, dia jenis cepat terpengaruh dengan benda-benda baru ni. Kat rumah Aten takde pun nescafe serbuk. Bila air dalgona ni viral, susu dan serbuk nescafe ni terus beli online tau sebab takleh keluar PKP punya hal, kalau keluar pun jenuh beratur tunggu turn. Beli barang rumah online je mudah, jimat masa dan jimat duit sebab ada diskaun. Hehehe. Selalu Aten beli kat PG Mall je sebab laman web dia sangat straight forward dan user friendly.
Hari hari makan nasi pun jemu jugak. Lagi2 Aten. Bukan jenis yang selalu makan nasi. Nak jaga kesihatan diri. Hhehehe. Dapat berbuka dengan minum air milo sekotak kecik tu dengan koko krunch campur susu pun dah kenyang! 

Ni bila dah nak raya ni, mula pikir pasal kuih raya walaupun tak boleh raya sangat tahun ni. Kuih raya mesti ada jugak kan sebagai pelengkap raya. Dulu takpelah boleh keluar mencarik kuih raya. Tahun ni raya Aten plan nak buat kuih raya sendiri yang simple2 je. Contoh macam cornflakes madu, dan cornflakes coklat. Mudah sangat nak buat! Sedap pun sedap. Fav Aten dua ni. Sambil tengok TV pun boleh habis sebalang. Hahaha. 
PG Mall x Nestle Top Spender Campaign
PG Mall dan juga Nestle sekarang tengah ada campaign best gaiss! Korang hanya perlu untuk jadi top spender untuk barangan nestle seperti milo, koko krunch, cornflakes dan korang berpeluang untuk mendapat wang tunai dari PG Mall! Ya, mudah je. Lagi banyak korang beli produk Nestle di PG Mall, lagi besar peluang korang untuk dapatkan wang tunai. Ada pemenang mingguan (RM100 x 2 pemenang) dan juga pemenang bulanan (RM130 x 2 pemenang). Kalau korang bernasib baik, dapat dahh duit raya. Hehehe. Btw guys, kempen ni akan berakhir pada 4 June 2020 tau. Jangan lupa rebut peluang ni!

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini, korang boleh layari sosial media dorang kat bawah ni okayyy :

Guardian Lancarkan Siri Thermal Eksklusif Tokidoki Edisi Terhad

$
0
0


Comel takkk beg ni? Comel kannnnn :D

Guardian Malaysia baru-baru ni melancarkan promosi terbaru Siri Thermal Eksklusif tokidoki. Ini berikutan kejayaan Siri Kembara hasil kolaborasi dengan tokidoki, jenama gaya hidup antarabangsa yang terkenal dan ikonik pada Oktober 2019.

Tokidoki adalah sebuah jenama yang telah mencapai tahap pengikut yang luar biasa dengan karakter-karakternya yang berwarna-warni, menarik, menonjol dan karya seni ini direka dan dihasilkan sendiri oleh pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, Simone Legno.

Promosi ini dilancarkan dalam bulan Ramadan yang mulia ini kerana bertujuan untuk menggalakkan para pelanggan untuk makan dan minum secara sihat. Seperti kata pepatah 'Kesihatan adalah kekayaan’, lebih-lebih lagi apabila kesihatan di seluruh dunia sentiasa terancam dengan penemuan virus-virus dan penyakit baru, kita perlu memberi perhatian lebih kepada apa yang kita makan agar kita dapat menguatkan ketahanan diri untuk melawannya.
Dengan Siri Thermal Eksklusif Guardian tokidoki terbaru ni, kita semua boleh membawa bekal makanan dan minuman yang sihat dari rumah ke tempat kerja, atau untuk diberikan kepada yang tersayang. Untuk ibu bapa pula, mereka boleh memastikan anak-anak mendapat bekal yang sihat dan segar apabila ke sekolah dan bekas-bekas ini akan menjadikan makanan kekal hangat atau sejuk mengikut selera masing-masing. Ini secara tidak langsung mengurangkan sisa bungkusan dan plastik daripada pembelian makanan harian kita.
Termos Tahan Panas dan Balang Makanan berdinding kembar ini boleh menyimpan makanan dan minuman sejuk selama 10 hingga 12 jam atau panas untuk 8 hingga 10 jam tau. Rekaannya yang hebat, warna yang ceria dan corak terkini pasti menarik hati para pengumpul barangan terutamanya golongan milenial macam Aten. Sekali tengok je terus jatuh cinta! *.*

Siri Thermal Eksklusif Guardian tokidoki mengandungi beg tahan panas/sejuk, Termos Tahan Panas/Sejuk (350ml) dan Balang Makanan Tahan Panas/Sejuk (500ml). Korang boleh dapatkan set tiga barangan ini pada harga istimewa RM80 setiap set dengan pembelian RM20 dan ke atas dalam satu resit termasuk barangan jenama-jenama yang mengambil bahagian atau RM40 dan ke atas dalam satu resit sekiranya tanpa jenama-jenama yang mengambil bahagian. Koleksi eksklusif ini turut boleh didapati di stor dalam talian Guardian di www.guardian.com.my dan ia akan dihantar ke rumah bersama-sama dengan pesanan barangan korang.

Siri Thermal Eksklusif Guardian tokidoki ni edisi terhad tau, pembelian adalah di atas dasar siapa cepat dia dapat dan sudah dijual bermula 1 Mei sehingga stok masih ada di semua stor Guardian di Malaysia. So guys kena cepat tau dapat bekas comel ni:D

Penaja-penaja utama promosi ini adalah Bio-essence, Garnier, Clairol Herbal Essences, Maybelline, Nanowhite dan Sunsilk manakala penaja bersama adalah Energizer, Flavettes, Libresse, L’Oreal (Hair), Shokubutsu, Scott’s dan Systema.

Untuk maklumat lanjut mengenai Siri Thermal Eksklusif Tokidoki, klik :

MITEC Tawarkan Penghantaran & Bawa Pulang Menu Ramadan

$
0
0
Salam Ramadan semua!

Kejap je kan dah hujung Ramadan. Mesti korang dah buntu kan nak makan apa lagi hujung-hujung ni. Sama lah macam Aten. Nasib baik MITEC ada buat menu berbuka sempena Ramadan ni. Teringat pulak tahun lepas berbuka kat sana macam2 menu ada tapi tahun ni tak dapat lah ke sana sebab PKP punya pasal. Hukhuk
Disebabkan COVID-19 ni, MITEC telah membuat keputusan untuk mempelbagaikan operasi perniagaan dorang yang kita pun tak expect!
Buat pertama kalinya, Venue Culinary Service dari MITEC menawarkan hidangan khas Ramadan yang tidak pernah ada pun sebelum ni. 
Korang boleh dapatkan pilihan menu korang di www.mitec.com.my/Ramadan-specials/ . MITEC kini tersedia untuk penghantaran dan dibawa oleh syarikat korporat atau individu sehingga 22 Mei 2020. 

Kita semua pun tahu MITEC merupakan satu organisasi yang dikenali. Jadi korang tak perlu risau tentang kebersihan atau cara penyediaan makanan dari mereka. Semua makanan disediakan di persekitaran paling selamat dan paling bersih sesuai dengan perakuan Halal dan ISO 22000: 2018 (sistem pengurusan keselamatan makanan). Selain itu, MITEC juga HACCP (Hazard Analysis dan
Titik Kawalan Kritikal) diperakui.
Dari dapur di MITEC, pasukan masakannya yang pernah memenangi anugerah citarasa Kampung menawarkan pilihan makanan pek dua harga dengan harga RM18 ++ dan RM38 ++ which is Aten rasa sangat berbaloi gila! Kalau kita masak sendiri mesti akan jadi costly kan. So, order je dengan MITEC Ramadan menu ni. Aten paling suka menu set A yang RM38 tu. Ayam masak merah dorang paling win! Ala senang citer memang semua sedap lah. Husband Aten pun suka nasi kerabu daging salai dorang. Portion pun banyak! Jangan risau, dorang pack the food properly tau. Takde tumpah2. Overall, Aten dan suami memang berpuas hati dengan Ramadan Menu dari MITEC ni.
Tak dilupakan jugak, dengan setiap pembelian akan disumbangkan kepada badan amal yang dicalonkan oleh MITEC. Sambil makan sambil beramal. 2 in 1 gitu :D

Untuk maklumat atau pesanan, hantarkan e-mel ke sales@mitec.com.my atau hubungi 
+603 6206 0100. 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai MITEC,

Jom Raya secara Sihat denga Kismis California

$
0
0
Harini Aten nak share dengan korang satu artikel yang Aten baca oleh pakar diet dan pemakanan Nur Aziah Musa. Sedar tak sedar lagi berapa hari je kita nak puasa kan. Cepat betul rasa puasa tahun ni tiba-tiba je dah nak raya. Tau tau je lah bila dah nak raya ni, terbayang segala jenis makanan raya. Rendang ayam, rendang daging, rendang tok, kuah lodeh, kuah kacang dan banyak lagi lah. Opss kuih raya pun berjenis-jenis. Bila kena raya dekat rumah sendiri je sejak PKP ni, memang kejap2 makan ye dak untuk hilangkan bosan. Hehehe.

Bila dah makan banyak, haaaa apa lagi kalau berat yang naik betul tak? Penat puasa berat turun tiba2 raya berat naik pulak. NO NO NO ye semuaa! Pengambilan makanan yang tidak terkawal dan berlebihan boleh menyebabkan kenaikan berat badan secara mendadak di musim perayaan ini. Ianya juga boleh meningkatkan risiko kepada penyakit kronik untuk jangka masa panjang. Oleh itu, adalah disarankan agar amalan pemakanan yang sihat semasa bulan Ramadhan boleh diteruskan di sepanjang bulan Syawal ini.

Antara garis panduan yang boleh diamalkan adalah seperti berikut :
  1. Makan dalam saiz hidangan atau kuantiti yang kecil
  2. Pilih makanan yang sihat.
  3. Pilih makanan yang tinggi serat
  4. Hadkan pengambilan makanan yang manis dan berlemak
  5. Pilih buah-buahan segar sebagai snek atau pencuci mulut
  6. Hadkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan garam
  7. Minum air kosong berbanding minuman berperisa seperti berkarbonat atau minuman yang manis/bergula.

Perancangan menu untuk tetamu yang bakal hadir rumah juga hendaklah diberikan perhatian untuk memastikan keseimbangan pengambilan makanan dan penggunaan tenaga. Pelbagaikan menu dengan menyediakan pelbagai pilihan buah-buahan segar dan salad sayur- sayuran atau buah kering secara semulajadi seperti Kismis California untuk hidangan menu yang lebih sihat. Menu yang sihat adalah daripada kaedah masakan seperti bakar, panggang, kukus dan rebus.
Kalini pakar diet dan pemakanan Nur Aziah Musa berkongsi tentang Kismis California. Kismis California adalah sejenis bahan yang sangat serba boleh digunakan di dapur. Ianya boleh digunakan dalam pelbagai sajian makanan pastri, manisan dan minuman. Kismis California adalah sumber makanan segera yang mudah dan boleh menjimatkan masa untuk para ibu suri rumah & profesional yang mahukan kaedah cepat & mudah untuk membuat sendiri juadah makanan. 

Antara sumber pilihan makanan sihat yang boleh disediakan untuk juadah Hari Raya adalah daripada buah-buahan kering seperti Kismis California. Kismis California merupakan sumber makanan yang manis secara semulajadi. Seperti yang ditekankan melalui slogan “Sweet Naturally”, Kismis California tiada gula tambahan dan ianya merupakan antara kismis terbaik di dunia kerana kualitinya yang bermutu dan mematuhi standard penghasilan yang tinggi.

Kismis California adalah contoh snek sihat, menjimatkan dan senang untuk kita perolehi. Ianya di pek dalam bungkusan kecil yang mudah dan muat untuk dibawa ke dalam beg tangan menjadikannya pilihan snek yang sangat mudah untuk dinikmati.

Jom cuba resepi mudah dari pakar diet dan pemakanan Nur Aziah Musa di bawah ni. Boleh jamu kepada tetamu yang hadir raya nanti!
Resipi Puding Roti Kismis California dan Sos Kastad
Bahan-bahan Puding Roti
4 sudu besar Kismis California
2 sudu makan mentega dicairkan
8 keping roti sandwich
500 ml susu segar
3 biji telur
1 sudu teh esen vanilla

Sos Kastard
Susu segar 400 ml
Air 50 ml
1 sudu makan gula perang
2 sudu makan tepung kastard

Cara Penyediaan Puding Roti
1) Masukkan 500 ml susu segar dalam bekas
2) Tambah 3 biji telur
4) Masukkan mentega yang dicairkan
5) Masukkan 1 sudu teh esen vanilla
6) Kacau semua bahan yang dicampurkan sehingga sebati
7) Carik, potong 8 keping roti sandwich dan tuang bahan yang dikacau tadi ke atas roti
8) Biarkan selama 10 minit supaya adunan terendam sebati.
9) Sapukan sedikit minyak pada loyang dan tuangkan adunan roti tadi
10) Taburkan Kismis California
11) Bakar selama 30 – 35minit, pada suhu 160 Celcius

Cara Penyediaan Sos Kastard
1) Tuangkan susu segar
2) Masukkan air
3) Tambah gula
4) Tambah tepung kastard dan kacau sebati untuk mengelakkan berketul
5) Masa atas api sederhana sehingga kuah menjadi pekat dan tutup api

Puding roti dan sos kastard yang sejuk boleh dihidangkan sebagai snek minum petang yang
sihat dan berkhasiat.
Resepi Dadih Dengan Sos Mangga dan Kismis California
Sos Buah Mangga dan Kismis California
3 sudu besar Kismis California
1 biji mangga dipotong kiub
½ biji mangga pureed

Bahan Dadih
2 cawan air
10 g serbuk agar-agar
1 litre susu segar
3 sudu makan gula perang

Cara Penyediaan Dadih
1. Panaskan air dan masukkan serbuk agar2 hingga larut dan mendidih
2. Masukkan susu segar dan gula
3. Apabila sudah mendidih tutup api
4. Letakkan di dalam bekas dan biarkan sejuk
5. Masukkan ke dalam peti ais

Cara Penyediaan Sos Buah Mangga
1. Kisar mangga hingga menjadi pureed
2. Letak dalam bekas dan campurkan bersama mangga yang dipotong kuib

Dadih yang sudah mengeras dan sejuk sedia dihidangkan. Tuang sos mangga di atasnya bersama Kismis California. Sedap dinikmati sebagai juadah manisan yang sihat dan menggunakan manisan buah semulajadi.

Jadi, rancang pemakanan harian korang mengikut panduan piramid makanan. Ini akan membantu mengimbangkan antara snek dan menu utama korang. Oleh itu, korang harus menikmati pelbagai jenis makanan berdasarkan pengambilan harian yang disarankan.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenaifakta pemakanan dan petua resipi mengenai Kismis
California, korang boleh lawati laman web 

Makan Secara Sihat, Resepi Kehidupan Sihat

8 Warna Rakyat Malaysia Musim Raya Ini

$
0
0
Musim perayaan adalah waktu yang tempat untuk kita mengubah rumah kita menjadikan ianya lebih cantik dan berpenampilan baru! Sama seperti citarasa masing-masing dalam muzik, pakaian, makanan dan semua yang ada di antara mereka, tidak ada satu cara untuk melakukannya kerana setiap orang mempunyai pilihan yang berbeza. Betul tak? Tak semua suka warna pink macam Aten kan. Hehehe.

Pernah tak korang terfikir, setiap design Raya yang kita hias mempunyai makna yang berbeza? Dalam artikel ini, Aten nak share dengan korang 8 keperibadian yang berbeza dan palet warna Raya terbaik yang merujuk kepada keperibadian unik ini! Yang harus korang lakukan ialah mencari sifat keperibadian yang bersesuai dengan korang :D
Personality Trait #1: The Harmony-Seeking One
Warm-hearted by nature! Raya bagi korang ialah memastikannya keluarga dapat berkumpul dalam suasana yang menarik tetapi menenangkan. Kombinasi warna biru dan hijau yang cerah di Turkish Tile ini berfungsi dengan harmoni yang sempurna sehingga semangat Raya dapat diperlihatkan di mana-mana tempat, meningkatkan kecanggihan dan estetika dengan mudah. Untuk mendapatkan penampilan dan nuansa elegan ruang anda, pasangkan naungan dengan warna-warna hangat yang lain!
Personality Trait #2: The “Good-Vibes” Only
Its all about being your authentic self and good vibes! Winter Moss shade adalah paling sesuai untuk korang. Warna warna ini akan menimbulkan perasaan positif, dan juga nasib baik kepada pemiliknya! Siapkan rumah Raya korang dengan rona hangat ini - Drama Red atau White Concrete yang sejuk untuk sentuhan mewah.
Personality Trait #3: The Minimalist
Clean lines, uncluttered and monochromatic! Bagi korang, less is simply more. Mengapa tidak memberi ruang anda nafas dan udara segar atau dengan Castle in the Air, nada biru dan ungu yang anggun? Ciptakan suasana yang selesa dan tenang di rumah atau pejabat korang untuk menikmati kebersamaan Raya ini dengan orang tersayang!
Personality Trait #4: The Romantic (Ooh-la-la!)
Adakah korang merasakan bahawa korang sering berhubungan dengan perasaan korang, perlu menyatakan kehebatan yang korang alami melalui seni atau aksi kreatif lain? Sekiranya ya, Nippon Paint ada warna yang sesuai untuk korang pada musim Raya ini! Neutral dan lembut, percayalah bahawa warna sunset hue di Plymouth Notch memancarkan aura optimis dan damai yang sangat sesuai untuk perhimpunan Raya keluarga!
Personality Trait #5: The Extrovert
Sekiranya korang adalah jenis orang yang suka bertemu orang baru dan merasa bertenaga dengan bersosial, maka kehangatan musim panas dari Golden Charmer sangat sesuai untuk korang pada musim Raya ini! Cergas dan meriah, shade Golden Charmer menyuntik rasa gembira dan puas dalam ruang sosial apa pun untuk mewujudkan perasaan gembira dan perayaan yang menonjol untuk perayaan. Untuk ruang yang moden dan bergaya, naungannya boleh dipasangkan bersama dengan seri cat bertekstur untuk unik dan penampilan segar!
Personality Trait #6: The Sensitive Soul
Bertentangan dengan kepercayaan yang popular, sensitif sebenarnya adalah jenis kekuatan. Baik, intuitif dan empati - ini adalah jenis kekuatan yang mempunyai kekuatan untuk mengubah dunia. Dalam semangat Raya, biarkan warna Pink Floss segar yang ceria mewarnai dinding kediaman korang dengan membawa daya tarikan dan tenaga muda ke ruang yang canggih di rumah!
Personality Trait #7: The Nature Lover
Adakah korang selalu tertarik pada alam semula jadi? Dan adakah pemikiran tentang unsur-unsur semula jadi mencetuskan rasa pengembaraan? Sekiranya ya, maka Aztec adalah pilihan warna Raya untuk korang! Tahun ini, mengapa tidak merayakan Raya dengan pilihan nada hangat yang bersahaja itu mengadun dengan baik dengan bahan semula jadi dan kemasan kayu? Dengan pengenalan dedaunan, nikmati kemewahan merasakan keindahan sifat ibu tepat di dalam kawasan kediaman.
Personality Trait #8: The Classic Chic
When it comes to designs, you tend to lean towards timeless pieces! Nikmati perayaan Raya kali ini dengan nada yang lebih ringan dengan warna Shitake berkrim yang diinspirasikan secara semula jadi untuk merasa keselesaan ketika mempunyai tetamu atau untuk berehat setelah seharian berkunjung. Untuk membuat suasana yang menyegarkan namun memberi tenaga pada ruang korang, padankan  warna shade green, muted browns, warm oranges dan beige!

Soal Jawab dengan Pereka Dalaman Ben Firdaus!
Perlukan lebih banyak nasihat mengenai reka bentuk dan hiasan rumah untuk musim Raya tahun ini? Jangan risau, Nippon Paint dengan kerjasama Pereka Dalaman Ben Firdaus ada untuk menjawab beberapa soalan korang! Jom baca bawah ni : 

1. Apakah simple hack yang boleh saya gunakan untuk mengisi ruang untuk kelihatan minimalis?
  • Salah satu cara termudah adalah dengan memberi ruang rumah korang dengan rupa yang berbeza dan juga menukar warna ruang yang korang nak tu.
  • Tapi, kalau korang kurang bajet, korang boleh pertimbangkan untuk mengecat hanya 1 feature wall, yang akan memberi impact kepada ruang rumah korang.
  • Cara lain untuk ehance ruang korang adalah dengan menggunakan semula dan menyusun semula perabot dan hiasan yang ada - ia cukup mudah dilakukan dan ini dapat langsung mewujudkan perbezaan. Kalau korang ada deco yang unik, boleh digunakan sebagai titik tumpuan di ruang yang korang mahukan!
2. Bagaimana saya nak mix and match kan corak dan warna untuk menjadikan ianya menarik?
  • Pertama, korang perlu membuat gambaran kasar mengenai reka bentuk yang korang nak, rujuk dari nternet atau majalah, di mana korang juga dapat belajar bagaimana nak mix dan match kan warna dan corak!
  • Kalau korang masih lagi taktau macam nak mana nak mix dan match kan, paling selamat korang gunakan kombinasi earthy colors.
  • Tapi, kalau korang lebih suka warna terang seperti oren, kuning dan merah, cubalah campurkan warna-warna ini dengan warna dari keluarga yang sama seperti amber, tangerine maroon, burgundy.
  • Sebagai alternatif, korang juga boleh memadankan warna-warna terang ini dengan warna asas seperti kelabu, hitam atau putih.
3. Bagaimana cat bertekstur berfungsi dan bagaimana saya boleh menggunakannya untuk mengubah dinding saya di rumah?
  • Cat bertekstur sebenarnya mempunyai kesan 3D khas yang memberikan dinding rumah nampak sangat baru berbanding ketika menggunakan cat biasa untuk dinding rumah. Dengan menggunakan cat bertekstur seperti Nippon Paint Momento® range of paint, korang oleh menggunakan teknik ini dengan mudah untuk merancang semula ruang di rumah, lagi-lagi bila dah nak raya ni kan.
  • Untuk mendorong batasan kreatif korang, korang juga boleh memasukkan rekaan korang sendiri di dinding menggunakan stensil, sebagai tambahan kepada penggunaan cat bertekstur!
4. Apakah barang keperluan rumah yang sesuai dijadikan prop Raya yang sempurna?
When it comes to being creative dalam menghias ruang di dalam rumah, kemungkinannya tidak terbatas! Apa yang terlintas kat fikiran korang, boleh je dijadikan prop. Antaranya ialah : 
  • Bakul buah lama sangat sesuai digunakan sebagai tempat menyimpan bekas kuih untuk para tetamu.
  • Papan pemotong juga boleh digunakan semula sebagai dulang sajian.
  • Daun pandan, serai kering dan kubis bunga juga boleh digunakan untuk menghias ruang di rumah! Untuk melakukan ini, letakkan di dalam bekas berisi air untuk mengekalkan kesegarannya. Barang-barang ini juga berperanan sebagai penyegar udara semula jadi!
So, lepas baca ni Q&A ni mesti sedikit sebanyak membantu kita semua mencari idea untuk mencantikkan rumah kita kan. Apa lagi jom cuba cantikkan rumah guys
! Hehehe
Jangan lupa follow Instagram Nippon Paint di https://www.instagram.com/nipponpaintmalaysia untuk kejutan menarik di musim Raya ini! Nantikan #RuangInspirasi!

Untuk dapatkan lebih banyak inspirasi untuk reka bentuk Raya korang tahun ini, jom tengok Palette Warna: Edisi Raya 2020 di sini, klik:


 #NipponPaintMY #PaintAllSurfaces #RuangInspirasi #RuangRaya #RuangBaru
Viewing all 485 articles
Browse latest View live