Quantcast
Channel: Ceritera Fatin Bella
Viewing all 485 articles
Browse latest View live

Chill Chill Boat Noodle kini di NU Sentral

$
0
0

Sape peminat Boat Noodle? Mesti tau kan yang air minuman yang dihidangkan adalah daripada Chill Chill. Ohh favourite drink Aten bila g Boat Noodle mesti lah Iced Tea dorang ! hehehe. Kini Chill Chill dah ada kedai dorang sendiri tau ! Sooooo, sesape yang craving nak minum air dari Chill Chill tak perlu dah pergi ke Boat Noodle. Pergi je ke Nu Sentral tingkat 5. Kedai Chill Chill ni berdekatan dengan Sangkaya dan Chatime. 



Apa yang membezakan Chill Chill Nu Sentral dengan Chill Chill yang ada dalam Boat Noodle? Korang boleh dapatkan flavor baru dari mereka tau. Ohh bayangkan Sirap Bandung di-blended-kan. Tak pernah terpikir dek otak Aten kot. Hahahahah. Sedap pun sedap tau. Korang wajib rasa yg tu. Banyak lagi Haaa, lepas ni takya dah beratur panjang-panjang kt Boat Noodle untuk dapatkan air minuman dorang. Just beli je kt Nu Sentral okeh? :p

About The Original Boat Noodle : We Bring Thai Street Food to You! Kuey Teow Ruer, which is commonly known as Boat Noodle is a delicate dish which originates from the floating markets of Ayutthaya. This inspired dish is aromatic and delicious making it an instant hit with fans. Starting our first outlet in Empire Damansara in March 2014 by only serving noodles, The Original Boat Noodle has grown in leaps and bounds as the go to place for Thai food. Our menu has hence grown incorporating more of the local Thai street foods. The décor comes alive as a real hustle of the everyday street food we see in Thailand creating an ambient and lively atmosphere. Boat Noodle has become a place to meet and socialize with friends. Our aim is to continuously bring you authentic Thai street food and share the fun and laughter with friends at The Original Boat Noodle. http://www.boatnoodle.com.my/


My favorite all the time of course their Iced Tea :D 


Encik Tunang Aten berkesempatan untuk membuat sendiri minuman favourite dia. Kemain excited dia. Hahahaha





So guys, kalau datang ke Nu Sentral jangan lupa singgah ke Chill Chill dan beli air minuman dorang k? Chill Chill lah ! :*

Pelancaran Slogan Baru Maybelline - Make It Happen

$
0
0

Jenama mekap No. 1 semalam telah melancarkan slogan baru khas untuk memberi inspirasi kepada para gadis yang sedang mengejar impian mereka. Make It Happen menjadi slogan inspirasi  baru daripada Maybelline New York, yang mahukan para gadis di Malaysia mengejar impian mereta tanpa rasa takut, sebaliknya dengan penuh keyakinan, sikap positif dan penuh kreatif dengan penggunaan mekap.


Sewaktu majlis pelancaran slogan baru, Pink Fong, Pengurusa Pemasaran Maybelline New York Malaysia, menjelaskan rasional di sebalik slogan jenama yang baru ini. " Sebagai jenama kecantikan untuk wanita, kami melihat keperluan untuk mengubah cara kami berkomunikasi dengan mereka, terutamanya generasi milenium baru, agar sesuai dengan cara mereka berfikir , bertindak dan menjalankan kehidupan. Slogan kami yang terdahulu, "Maybe she's born with it, maybe it's Maybelline", kami berpesan kepada wanita sama ada boleh mengubahnya dengan mekap Maybelline," katanya.


Maybelline New York turut menampilkan sekumpulan wanita yang memiliki semangat Make It Happen untuk mencapai impian masing-masing. Mereka adalah para gadis 'IT' daripada pelbagai latar belakang dan minat, tetapi semuanya berkongsi semangat yang sama dalam mencapai matlamat hidup mereka, termasuklah peserta peringkat akhir rancangan Asia's Next Top Model 4, dimana Maybelline New York merupakan penaja rasmi bagi mekap.




Mekap tutorial oleh Steven Sunny diberikan kepada peserta peringkat akhir rancangan Asia's Next Top Model 4 menggunakan gincu Maybelline Rosy Matte, Maybelline Hypersharp Powerblack Liquid Liner dan Mascara Magnum Barbie.



The Jungle Book Movie Screening - Kipling The KAEON Collection

$
0
0

Hi ! Korang dah tengok movie The Jungle Book? Aten baru je tengok semalam. Hehehehe. Kali ni Aten tengok dengan rakan bloggers yang lain dan yang lagi special ialah dengan Kipling . Kalau korang nak tau, Kipling ni merupakan satu jenama handbag yang boleh kira cantik rekaan begnya. Wahhh sangat terharu dapat satu event dengan Kipling. Hehehe.

Kalau korang nak tau, Kipling ada mengeluarkan rekaan terbaru mereka iaitu koleksi KAEON yang sangat cantik. Apa yang menariknya koleksi KAEON ni? Mereka menggunakan bahan-bahan yang sangat unik, kalis air, ringan dan menggunakan smart technology yang membuatkan beg semua ni tahan. Koleksi KAEON juga mudah untuk dibersihkan jika terdapat kotoran. Koleksi KAEON mempunyai 4 rekaan tersendiri mereka iaitu : Ready Now, Lifesaver, Blocky Friend, On A Roll. Jom tengok gambar pulak kt bawah ni ! :D 











Semua colour yang ada sangat menarik kan? Fefeeling muda gitu. Hehehe. Mampu tengok je lah. Student lagi. Tak berapa nak mampu. Mungkin untuk hantaran nanti boleh letak dalam list. Hehehe.


Ohhhh Aten paling suka yang ni. Hehehe.

Koleksi KAEON oleh Kipling boleh didapati di semua butik mereka. Untuk maklumat lanjut, boleh terjah dorang punya facebook di www.facebook.com/KiplingMalaysia . Selamat mencuci mata tengok beg mereka yang cantik sangat ni. Hehehe

P/S : Movie Review The Jungle Book nanti Aten buat kt entry lain. Hehehe

Cara Remove Friends Tak Aktif di Facebook

$
0
0



Yeayyy dah buang dah mana-mana friends tak aktif di Facebook. Kita bagi peluang kepada yang aktif pulak ye. Hehehe

Haritu masa Aten scroll Facebook, Aten terjumpa satu blog post yang bagitau cemana nak remove kawan facebook tak aktif. Kt bawah ni Aten sertakan link kt bawah ni. Selamat mencuba ! :)


http://wanmus.com/cara-remove-friends-tak-aktif-di-facebook.html

DIAMOND-5+ LUMINOSITY Mary Kay MelaCEP Plus+™ Luminous System yang Ajaib !

$
0
0

Cuaca yang panas sekarang ni mesti membuatkan kulit kita jadi kering dan kusam kan? Even dah minum air banyak pun still rasa dahaga. Dengan cuaca panas begini membuatkan kulit muka Aten jadi kemerah-merahan dan kering. Sangat dehydrated ! Huhuhu

Terbaru ni, Mary Kay ada mengeluarkan satu set produk kecantikan muka untuk kita wanita. DIAMOND-5+ LUMINOSITY Mary Kay MelaCEP Plus+™ Luminous System. Regimen lengkap ni memberi manfaat kilauan termasuk , kecerahan, ketulenan, dan penghidratan . Diformulakan dengan ekstrak edelweiss, ekstrak alga, dan asid amino sayur-sayuran, campuran bahan ini membantu mengurangkan kemunculan tompok gelap.

MelaCEP Plus+™ Luminous System yang direka dan diuji untuk untuk kulit Asia mempunyai 5 produk mereka iaitu  Ultimate Serum, Foaming Cleanser, Freshener, Mask and Ultimate Cream yang. Semua produk ni direka khas untuk memberi hidrasi dan pencerahan kulit. Produk ni sesuai untuk jenis kulit yang kering, normal, kombinasi atau jenis kulit berminyak dan terbukti kulit menjadi lembut dan tidak merengsakan (irritate). 

Kebiasaanya produk pencerahan kulit akan membuatkan kulit menjadi kering tetapi dengan Mary Kay MelaCEP Plus+™ Luminous System telah direka khusus untuk mengekalkan kelembapan kulit setiap hari tidak kira pagi atau malam dan kulit akan menjadi sihat selepas menggunakan ia.

Kebaikan Mary Kay MelaCEP Plus+™ Luminous System : 
  • Meningkatkan kilauan kulit
  • Mencerahkan kulit
  • Membuatkan tona kulit menjadi sekata
  • Membantu meningkatkan, mendapatkan semula dan mengekalkan kejelasan (clarity) kulit
  • Meningkatkan penampilan keseluruhan kulit. 
MelaCEP Plus+™ Luminous Complex (terdapat dalam semua produk) menggunakan :
  • Ekstrak edelweiss : Membantu mengurangkan perubahan warna pada kulit.
  • Ekstrak alga : Membantu mengurangkan kemunculan perubahan warna pada kulit permukaan. Contoh : dark spot.
  • Amino Acid tumbuh-tumbuhan : meningkatkan kecerahan kulit, meningkatkan keserasian keseluruhan tona kulit dan mengurangkan kontras tompok-tompok hitam pada kulit.
Berdasarkan ujian In Vitro, 
Bahan-bahan Utama tambahan produk MelaCEP Plus+™ (Foaming Cleanser, Freshener, Ultimate Cream, and Mask) mengandungi ekstrak Cendawan Shiitake. Cendawan Shiitake mengandungi enzim tertentu yang mempunyai fungsi pembersihan. Di dalam industri pembuatan kertas, enzim ini juga digunakan untuk membersihkan warna kulit kayu untuk membuat kertas putih.



MelaCEP Plus + ™ Ultimate Serum (RM 350 / 30ml)

  • Mengandungi Hexylresorcinol - ditunjukkan untuk menyasarkan glutathione dan pengumpulan pigmen pada kulit permukaan. Glutathione adalah penting untuk proses pembersihan kulit.
  • Mengandungi Maritim pine dan ekstrak birch putih - ditunjukkan untuk menyasarkan melanin.
    *berdasarkan ujian In Vitro.

Foaming Cleanser (RM 129 / 100ml) 
  • Berkesan membuang kotoran pada kulit
  • Menyediakan kulit untuk langkah penjagaan kulit seterusnya
  • Membantu kulit menyerap produk penjagaan kulit yang lebih cekap
  • Kulit terasa lembut dan licin
  • Kulit terasa bersih dan segar
  • Memperbaiki tekstur kulit
  • Mencerahkan kulit kusam
  • Dapat membilas dengan mudah
  • Cukup lembut untuk kegunaan harian.

Freshener (RM 129 / 100ml) 
  • Tona kulit lebih sekata
  • Kulit menjadi cerah
  • Kulit kelihatan bercahaya dari dalam
  • Kulit tidak berminyak
  • Cukup lembut untuk kegunaan harian.

Ultimate Cream (RM 180 / 30ml) 
  • Menyediakan kelembapan 24-jam apabila digunakan siang dan malam, kesan penghidratan serta-merta
  • Memberi manfaat pelembab yang luar biasa
  • Menyediakan peningkatan yang ketara dalam kecerahan kulit selepas 4 minggu penggunaan
  • Menyediakan peningkatan yang ketara dalam pigmentasi kulit selepas 12 minggu penggunaan
  • Kulit menjadi berseri
  • Meningkatkan penampilan keseluruhan kulit
  • Creamy texture
  • 79% wanita menunjukkan peningkatan dalam kecerahan kulit *
  • 90% wanita menunjukkan peningkatan dalam tekstur kulit *
* Keputusan berdasarkan kajian klinikal bebas di mana 43 wanita menggunakan Ultimate Cream dua kali sehari selama 12 minggu.


Mask (RM 169/ 85 ml) 
  • Kulit kelihatan bercahaya dan berseri
  • Meningkatkan daya hidup kulit
  • Kulit terasa lembut dan licin 
  • Mengurangkan perubahan warna kulit
  • Dapat dibilas dengan mudah
  • Lembut pada kulit.
MelaCEP Plus+™ Luminous System Formula dibuat untuk :
  • Dirumuskan untuk dan diuji pada kulit orang Asia
  • Sesuai untuk kulit sensitif
  • Dermatologi diuji
  • Diuji secara klinikal untuk kerengsaan kulit dan alahan
Review Aten : 


Bersyukur gila Aten jumpa dengan skincare dari Mary Kay. Bulan lepas memang muka Aten teruk gilaaa naik merah sebab cuaca El Nino yang panas gila. Minum air banyak pun still rasa dehydrated. Semua pun mesti tanya 'kenapa dengan muka Aten' . Aten pun taktau kenapa dengan muka Aten. Sebulan lepas rasa macam down gila taknak keluar rumah dengan muka gini. Alhamdulillah lepas 2 minggu menggunakan set skincare Mary Kay, nampak dah perubahan yang agak ketara walaupun masih ada lagi yang merah sikit2. Wangi pun wangi dan sangat affordable. Lagi-lagi student macam Aten ni. Hehehe. Gigih tau pakai setiap hari. Hehehe.

Cara untuk mendapatkan DIAMOND-5+ LUMINOSITY Mary Kay MelaCEP Plus+™ Luminous System :
Mary Kay MelaCEP Plus+™ Luminous System boleh didapati secara eksklusif melalui perunding kecantikan bebas Mary Kay korang dari April 2016. Untuk mencari seorang perunding kecantikan bebas, hubungi 03-7711 7500 atau layari www.marykay.com.my

6 Sebab Kenapa Korang Kena Beli Perfume DeXandra

$
0
0

Korang pernah dengar perfume DeXandra? Aten tau pun melalui housemate Aten. Then ada lah beberapa kawan Aten post gambar perfume DeXandra ni. Aten pun apa lagi. Nak jugak cuba perfume DeXandra ni. Semua pun cakap wangi kan. Rupanya perfume DeXandra ni ada untuk lelaki dan perempuan. Hehehe. Harga pun not bad. Sesuai dengan kualiti yang diberikan. Tip top setanding dengan perfuma antarabangsa seperti DKNY, Versace, Hugo, Chanel dan yang lain. ! The more the merrier. Aten suka kumpul koleksi perfume. Mesti takkan habis punya. Hehehehe

Sedikit info mengenai perfume DeXandra :

Nabil Raja Lawak dan isteri beliau merupakan duta perfume Dexandra. Nabil pernah bawa masuk Dexandra ke Astro Ria dalam rancangan MeleTOP dan juga Radio EraFM. Meriah lah DeXandra. Hehehe.

6 Sebab Kenapa Korang Kena Beli Perfume DeXandra :

1) Mudah dibawa untuk travel kerana saiznya yang comel giler (35ml)
2) Ianya produk bumiputera (support local !)
3) Setiap semburan tahan lebih lama iaitu lebih 8 jam (testimoni approved!)
4) Setanding produk antarabangsa
5) Kesemua senarai perfume adalah yang paling dicari oleh penggemar perfume
6) Menepati citarasa & permintaan rakyat Malaysia dengan gaya hidup yang aktif (double thumbs up!)

Senarai 10 pilihan perfume DeXandra :



Senarai perfume DeXandra : 


Sesiapa yang teringin nak buat business Dexandra dropship/agent bersama dengan team Chettaki Omey, boleh contact Lia. Untuk maklumat lanjut, korang boleh terjah link bawah ni hokayy: 

Fanpage: www.facebook.com/chettakiomey
Instagram: instagram.com/chettakiomey
Website: www.chettakiomey.com
Phone No: 013 264 4310 (LIA)

Bisnes Kad Premium Fatin Bella

$
0
0

Tadaaaaaa! Business card baru Aten ! Cantik tak cantik tak? Hehehe

Alhamdulillahhh Aten antara 10 blogger yang mendapat tajaan business card dari Encik Haru. Terpilih pun sebab Aten ke Sepetang Bersama Blogger (#SBB2016) yang dianjurkan oleh Denaihati Network. Syukur sesangat sebab business card Aten yang sebelum ni memang dah nak habis. Hukhuk. Haru ni merupakan rakan facebook Aten. Tak pernah jumpa tapi peramah sesangat. 

Encik Haru merupakan pemilik blog www.cdiqlife.com . Basically blog Haru banyak menceritakan mengenai business yang dijalankan oleh beliau termasuklah meng-design business card untuk bloggers dan flyers atas permintaan. Ohh, kalau nak tau rahsia-rahsia dan tips-tips perniagaan, korang haruslah meng-klik blog beliau.

Korang nak ada business card sendiri?
Nak business card yang cantik mantik berkilat-kilat macam Aten tu?
Haaaaa, meh meh klik www.cdiqlife.com untuk tempah business card mengikut tema apa yang korang nak. Encik Haru akan sabar melayan kerenah korang macam Aten sebelum nak dapat business card. Heheheh. Takpun, nak lagi senang engkorang add je Encik Haru di facebook beliau https://www.facebook.com/haru.elie . Kalau agak-agak friendlist korang tu dah penuh, PM je facebook beliau okehh? Nanti mesti dia reply punya :D

Hafidz Roshdi Duta Maria Miracle

$
0
0


Hi korang !

Sape peminat Hafidz Roshdi kt sini? Alaaa pelakon Tundukkan Playboy Itu yang bergandingan dengan Uqasha Senrose tu. Mesti kenal kan kan kan? Hehehe

Artis terbaru yang semakin hangat diperkatakan ni telah dilamar oleh Equal Herbs untuk menjadikan beliau sebagai duta Maria Miracle. Wow! Hebat kan?



Pada 14 May, Aten dan beberapa rakan blogger dari Mawar Hitam telah sama-sama menyaksikan majlis memorandum duta produk Maria Miracle, Hafidz Roshdi dengan Equal Herbs Sdn Bhd di The Garage KL. Selain itu, diadakan juga meet & greet bersama-sama peminat Hafidz Roshdi. Macam-macam game dorang main tau. Bestnya ! 2 in 1 gitu. Hehehe.


Korang pernah dengar produk Maria Miracle tak?

Maria Miracle adalah serbuk kolagen yang mengandungi ekstrak strawbery ia terdiri drpd L-Cysteine, Asthaxanthin, Asid Askorbik & L-Arginine yg boleh memberi kulit yg licin, muda cerah dan putih berseri.
  •  Menjadikan kulit cerah dan gebu
  •  Melembutkan dan menganjalkan struktur kulit
  •  Mengecilkan liang roma
  •  Memberikan tenaga
  •  Mengandungi antioksidan untuk melambatkan anti penuaan
  •  Membantu mengatasi kulit kusam dan tidak berseri
  •  Merawat masalah jerawat dari dalam dan memudarkan parut dan jerawat

Jangan risau, produk nie lulus KKM dan ada sijil halal Jakim tau ! Kini kecantikan bukan lagi fantasi *.*



Senang kan cara nak makan Maria Miracle? Yang penting kena makan hari-hari tau ! :D


 Selain daripada makan, Maria Miracle juga ada set penjagaan muka yang terdiri daripada Argan Serum, Argan Toner, Argan Cleanser. Korang mesti tau kebaikan Argan Oil? Sooooo, mesti berkesan punya lah set penjagaan kulit ni :D


Macam biasa lah kan kalau jumpa artis mesti selfie punya. #MrKening. Photogenic sangat Hafidz Roshdi ni. Hahaha


Turut hadir event ni ialah Safiey Ilias. Jutawan muda kosmetik. MashaAllah lembut sangat orangnya. Sangat baik dengan peminat :D


Ape tunggu lagi? Terjah facebook Maria Miracle https://www.facebook.com/mariamiracleofficial/ , order , beli dan amalkan tau ! Nak tengok testimoni Maria Miracle, korang boleh terjah https://www.instagram.com/mariamiracleofficial/ . Nak lagi senang? Call je terus di talian 03 4162 9590
"Kini kecantikan bukan lagi fantasi"

Ayam Legend Boat Noodle

$
0
0
Cakap je Boat Noodle, Aten sure mesti semua orang dah tau kan. Yelaaaa, bayangkan korang kena beratur 30 minit untuk dapatkan seat dalam Boat Noodle. Penangan Boat Noodle memang sangat WOW! tau. Kalau during peak hour, fuhhh memang bertabahlah beratur kan. Hahahha. Aten pun selalu beratur haaa semata-mata nak makan di Boat Noodle. Nak g Bangkok tak mampu kan. Sooo, beratur panjang pun takpe. Hahahaha.

Haritu Aten dan rakan Instagrammers yang lain telah berpeluang untuk merasa menu terbaru dari Boat Noodle iaitu Ayam Legend fresh from over kilang Boat Noodle. Terharu sangat ! :D hehehe

Nak tau cemana Ayam Legend dari Boat Noodle? Tengok bawah ni ;


Ayam Legend Boat Noodle

Kali ni Boat Noodle membawa kelainan dengan mengadakan Ayam Legend yang pasti akan membuatkan korang rasa sekali mesti nak lagi. Ayam Legend boleh didapati di semua outlet Boat Noodle di Malaysia. Harga hanyalah RM11.90. So guysss , cecepat cuba okay ! :D


Aten pun berkesempatan untuk belajar membuat air Chill Chill dari Boat Noodle. Seronok bila dapat buat minuman kita sendiri sebanyak mana yang kita nak. Hehehe.


Wajiblah berselfie bila dapat buat air minuman Chill Chill Aten sendiri. Potretkan dulu dalam Instagram dan blog. Yeayy!



Ohh, kitorang tak makan Ayam Legend je tapi dapat makan Thai Popeye's Tempura dan Sangkaya. All time fav! Buat entry ni terus lapar. Hahahah.


Thanks Izzul ( the purple one) for the invitation. Lain kali boleh jemput Aten lagi! Hehehehe.

Btw, korang dah tau  kan Chill Chill kini ada kedai dorang sendiri? Jom baca di http://www.fatinbella.com/2016/04/chill-chill-boat-noodle-kini-di-nu.html

Dip 'n Dip Chocolate Sweets & Coffee House - e@curve

$
0
0

Bila cakap je mengenai coklat, apa yang terlintas di fikiran korang? 

Bagi Aten, bila berkata mengenai coklat, yang terlintas di fikiran Aten mesti lah Dip n Dip ! OMG bayangkan coklat yang dorang hidangkan. Fuhhh ! Kalau dah kenyang pun rasa nak makan lagi. Hahaha. Punya hebat penangan coklat Dip n Dip.

Haritu Aten lunchdate dengan Kak Ruby dan Adam Solihin di Dip n Dip e@curve. Mak buyung teringin nak makan Dip n Dip, so Aten bawak lah dorang ke sini. Memang kalau makan Dip n Dip kt sini lah. Cuma tak rajin nak blog. Ni memandangkan ada masa, jom Aten kongsikan apa yang kitorang makan kt sini. Selain di e@curve, Dip n Dip juga ada di IOI City Mall, Bangsar dan di Sunway Pyramid.



Dip n Dip yang berlokasi di e@curve ni sangat selesa dan besar. Korang boleh pilih sama ada nak duduk di kawasan yang berhawa dingin ataupun kawasan terbuka. Staff yang melayan pun sangat friendly dan murah dengan senyuman. Bertambah-tambah seronok makan di sini. Hehehe. Tempat ni sangat sesuai tau untuk bawak boyfriend ke girlfriend dating kat sini. Celebrate birthday pun boleh tau. Celebrate birthday kt fav tempat kita, mesti happy kan? :D

Bukak je menu, macam biasa Aten akan rambang mata dengan semua makanan dan minuman yang disediakan. Rasa macam nak order semua. Hahahha. Kalau duit berkepuk, semua Aten amek. Hahaha. Disebabkan Aten ni student dan ada duit lebih sikit, why not kan belanja mak buyung mengidam. Hehehe.

Jejomsss tengok apa yang kitorang order :



 Dip n Dip Waffle - RM39.50
( waffle coklat yang dihidangkan bersama-sama dengan buah-buahan segar seperti kiwi, nenas, strawberi dan pisang )


Chocolate Fondant Cake
( kek coklat lava yang mengandungi coklat cair didalamnya)


Ice Tea Lemon - RM9.00
Ice Tea Mix Berries - RM9.00
(Ice tea - Peach, Raspberry, Lemon dan Mix Berries)

Craving satisfied ! Tak pernah tak happy bila makan Dip n Dip. Hehehe. Berbunga-bunga je hati macam di taman waktu petang-petang. Hekhek.

 So guys! Apa tunggu lagi, jejomsss ternak lemak di Dip n Dip. Confirm hati yang berduka lara menjadi bahagia :D

a taste will make u :)

HOPP Cafe @ Bandar Sunway

$
0
0


'Variety is the Spice of Life' . Di HOPP Cafe, mereka meraikan kepelbagaian budaya eksotik dari Spanish, Itali dan tidak lupa Malaysia. Diinspirasikan oleh 'Happy, Optimistic, Positive People' mewujudkan HOPP cafe yang merupakan tempat yang baik untuk dikongsikan kebahagiaan bersama-sama dengan keluarga dan kawan-kawan.

HOPP Cafe yang berlokasi di Bandar Sunway sangat sesuai dijadikan tempat lepak korang dengan kesayangan korang. Baru beberapa bulan dibuka tapi sudah ramai yang tahu mengenai kafe ni. Sangat luas dan berhawa dingin yang membuatkan korang selesa jika ingin membuat kerja dan wifi juga disediakan untuk kemudahan semua.

Jom tengok menu apa yang menarik di sini : 


Roasted Garlic and Chili Chicken Patties
RM9.90
(chardonnay reduction, fresh herbs, lemon cream & cracked pepper)


Fresh Garlic Tiger Prawn
RM14.00


Beef Meatball 
RM9.90
(creamy braised shallot jus, prasley)


Satay Pizza
RM14.90
(with grilled chicken satay, mozarella cheese, fresh cucumber, parmesan cheese, crushed peanut & lemon aioli)


Teriyaki Pizza
RM14.90
(with chicken teriyaki, mozarella cheese, fresh leek, fresh cucumber, parmesan cheese, crushed peanut & lemon aioli)


Wok Fried Spaghettini
RM13.90
(with seafood, green capsicum, carrot, shimeji mushrooms & chef's special sauce)


Fettucini Carbonara
RM17.90
(with smoked duck breast, fresh chives, parmesan cheese, olive oil and shimeji mushroom)



Malaga Seafood Paella
RM19.90
(Served with tiger prawn, clam, squid, roasted peppers, saffron, roasted garlic, cafe spice, garlic chili oil, lemon wedges & aroz rice)


Chargrilled Sheep Casing Chicken Bratwurst
RM15.90
(Grilled imported chicken bratwurst, saffron, roasted bell peppers, lemon wedges, sweet peas, garlic oil & aroz rice)


Yuzu Mojito
RM10.90


Organic Chocolate Cookies
RM10.90


Dessert Platter
RM18.90
(choice of any 2 desserts below)

Warm Chocolate Lava Cake - RM8.90
(70% cocoa dark chocolate, orange ganache, cocoa soil, tuile & vanilla gelato)
Ginger & Lime Cream Brulee - RM7.90
(refreshing dessert with vanilla gelato)
Over the Moon - RM11.90
(classic new york cheese cake served with vanilla gelato)
The Russian Whisker - RM11.90
(Mango Cheese Cake served with vanilla gelato)
The Modern Duke's Pudding - RM11.90
(Orea Cheese Cake with vanilla gelato)
Queen of Hearts - RM11.90
(strawberry cheese cake served with vanilla gelato)

HOPP CAFE
Address :
10ANadayu 28 Dagang, Jalan PJS 11/7, Bandar Sunway. Subang Jaya

Contact :
03-5613 3366

Facebook :

Instagram :

Operation hour :
11.00AM - 10.00PM

Dr. Ruban's Skin and Hair Clinic @ Menara UOA Bangsar

$
0
0

Dua minggu lepas, Aten dan rakan blogger lain berpeluang ke Dr. Ruban's Skin and Hair Clinic yang berlokasi di Menara UOA Bangsar. Sangat dekat dengan LRT Bangsar tau. Hehehe. Kalau nak datang sini naik public transport je sebab Bangsar memang terkenal dengan kesesakan lalu lintas apabila waktu puncak.


Topik utama yang menjadi perbualan kitorang ialah mengenai Alopecia ataupun dikenali sebagai botak dan juga faedah Hair Transplant. Oh rupanya, rambut akan gugur 100 helai setiap hari. So, lepas ni takde lah risau kalau rambut asyik gugur je. Hehehe.

Berikut merupakan soalan yang berkaitan dengan Alopecia.
1. Mengapa keguguran rambut berlaku?
Selain daripada genetik, terdapat juga auto-imun yang menyebabkan berlakunya Alopecia Areata dan Lupus.

Berjangkit menyebabkan penyakit seperti Kerion / jangkitan kulat dan yang berkaitan dengan negeri-negeri penyakit seperti Anemia, gangguan tiroid seperti Hipertiroidisme / Hypothyroidism, Kemoterapi, pos kehamilan atau pos berjangkit (seperti denggi) yang dikenali sebagai Telogen Effluvium dan Sindrom Ovari Polycystic.

2. Adakah terdapat sebarang faktor risiko yang rakyat perlu melihat keluar untuk?
Faktor yang memburukkan lagi termasuk faktor-faktor gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok, tekanan, kurang senaman dan masalah dengan tidur.



3. Apakah pilihan rawatan untuk Alopecia?
Rawatan perubatan seperti Finasteride adalah rawatan oral amat berkesan untuk menghalang Alopecia. 

Di samping itu, Minoxidil sering berguna. Bagi wanita, Diane 35 adalah pilihannya. Tambahan pula, sudah menjadi kelaziman bagi kita untuk mencadangkan Biotin dan Zink sebagai makanan tambahan. AWAS : Sila berunding dengan doktor kulit atau pakar bedah transplant hair sebelum memulakan sebarang ubat atau rawatan.

4. Bagaimana berkesankah makanan tambahan dan rawatan perubatan dalam merawat keadaan ini?
Rawatan perubatan berfungsi dengan baik - Finasteride mengekalkan folikel yang sudah ada dan meningkatkan ketumpatan juga. Suplemen tambahan masih belum terbukti keberkesanannya. Justeru, kami sering menetapkan pengambilan Biotin atau Zink.




5. Di bawah keadaan tertentu, akan seseorang yang akan disyorkan untuk menjalani hair graft?

Transplant hair adalah perlu bagi mereka yang botak yang mencukupi , sangat berbaloi pembuatannya dan dengan penderma baik (rambut biasanya dituai di belakang kulit kepala). Walaupun penderma mengalami kekurangan rambut, janggut atau kawasan dada kini boleh digunakan sebagai transplant hair.

Rambut hilang dari peristiwa trauma, seperti terbakar atau kemalangan kenderaan bermotor boleh dipindahkan juga. Sesetengah lelaki dan wanita sering meminta pemindahan kosmetik untuk meningkatkan ketumpatan kening mereka atau membuat janggut atau goatee. Ini menghasilkan keputusan yang baik juga.

6. Apa yang boleh seseorang harapkan daripada satu sesi hair graft? Sila kongsikan proses tersebut. Dan berapa purata kos rawatan perubatan?

Prosedur ini dilakukan sepenuhnya dengan menggunakan bius.

Pertama, kawasan penderma dituai. Ini mengambil masa 30 minit ke beberapa jam bergantung sama ada ia adalah dengan Follicular Unit Transplantation (FUT) atau Follicular Unit Extraction (FUE).

Jika proses ini adalah FUE, seluruh kulit kepala akan dicukur sebelum memulakan pemindahan prosedur pembedahan.

Jika ia adalah FUT, hanya jalur minimum dituai dan pesakit boleh kembali bekerja lebih cepat, seperti dalam beberapa hari.

Graft hair disediakan dan disimpan didalam plat sejuk. Selepas dibius di kawasan bahagian atas kulit kepala, belahan yang dibuat untuk cantuman kemudian pemindahan graft hair dimasukkan oleh pasukan jururawat.  Proses ini mungkin mengambil masa beberapa jam bergantung kepada kepakaran pasukan dan bilangan graft hair.

Bil perubatan berdasarkan kepada perundingan.

7. Apakah salah faham yang biasa ditanya orang ramai mengenai graft hair yang mungkin menghalang orang daripada menjalani prosedur ini?

Saya rasa, ia adalah salah faham yang mengatakan transplant hair sangat menyakitkan tetapi sebenarnya, ia adalah sangat baik. Juga mereka bayangkan parut jalur yang akan menjadikan ianya buruk. Semua yang anda perlukan adalah sekitar 1 cm panjang rambut untuk menutupinya.

8. Apakah nasihat yang anda ada untuk individu yang bergelut dengan alopecia?

Jangan percaya rawatan perubatan yang tidak diktiraf. Jangan buang masa berharga anda dan wang di pusat BUKAN MEDICAL terapi atau spa kecantikan dan salun.

Antara servis lain yang ada di Dr. Ruban's Skin and Hair Clinic :



Dr. Ruban's Skin and Hair Clinic 

Address :
Unit 2-3A & 2-5 Level 2, Menara UOA Bangsar, No 5, Jalan Bangsar Utama 1, 59000 Kuala Lumpur

Contact :
03 2284 0557 / 03 2282 2388

Facebook :

Website :
http://www.drruban.com/
Operation hour :
9.00AM-5.00PM

Wordless Wednesday | Diva Dash Run 2016

Promosi Photoshoot Murah Sempena Hari Raya - Studio & Outdoor

$
0
0

Hai korangg !

Kepada owner bisnes berdekatan Bangi, Kajang, Cheras, Serdang, Seri Kembangan, jual tudung/baju/produk Hari Raya?
Dah ada gambar atau video untuk promosi dan iklan?
Nak nampak professional seperti standard gambar butik?
Kami boleh bantu anda... Teruskan membaca sebab kami ada sesuatu PERCUMA untuk anda. 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kami nak bagi PERCUMA kepada 10 oranng yang terawal, video 15 saat Instagram untuk promosi jualan anda sempena Hari Raya tahun 2016!
Kepada yang belum kenal kami lagi, kami adalah photography & video production studio.
Yang telah berpengalaman lebih daripada 5 tahun berlokasi di Cheras Selatan. Oopppsss lupa nak bagitahu, nama kami Creative Visual Studio. Selamat berkenalan, jangan takut kami tak makan orang. Hahaha...
Kami boleh bantu anda;
✔ Photographer yang kacak dan friendly.. hahaha
✔ Gambar dan Video yang cantik
✔ Studio yang besar dan selesa
✔ Harga murah & berpatutan
✔ Studio dan Video lighting yang lengkap
✔ Kami menggunakan camera DSLR full frame
✔ Telah membantu banyak bisnes owner local/company besar seperti Tudung Nora Danish OWLbyND, Tudung Modern Drape, Sunway Suites, dan banyak lagi
Komen di bawah produk jualan Hari Raya anda. Yang bertuah akan kami hubungi. Boleh hubungi/whatsaap kami di 016-666 4034 (Feeq).
Harga promosi RM150 ( Harga biasa RM250 )
Studio Photoshoot only RM150 per hours
- Studio Rental
- Photographer
- ALL Softcopy

- Basic Edited Pictures

Ni beberapa contoh gambar yang diambil oleh Creative Visual Studio. Bukan setakat tudung, jubah je tau. Nak shoot produk skincare ke supplements ke kuih raya ke, boleh sesangat tau. Contact je nombor kt atas tu :D





Wawa Zainal Duta Galeri Tudung Hajra

$
0
0

Hi korang ! 

Selamat Hari Pekerja semuaaa. Wahh seronok lah dapat cuti extra esok satu hari. Hehehe. So, cuti ni korang buat apa je? :p


Korang mesti tau dan pernah dengar pasal Galeri Tudung Hajra?

Galeri Tudung Hajra merupakan salah satu galeri tudung yang agak terkenal di Malaysia. Diperkenalkan pada tahun 2000 dan masih lagi berdiri teguh sehingga sekarang. Alhamdulillahhh. Dengan moto "Gaya Muslimah Moden", Galeri Tudung Hajra kini mempergayakan paten-paten tudung yang berkualiti tinggi & menjadi tudung eksklusif No.1 di Malaysia.



Apa yang terbaru dari Galeri Tudung Hajra? Korang mesti tak percaya punya lah ! Sempena Hari Pekerja , Galeri Tudung Hajra telah membuat promosi gila-gila dan lelong berganda di butik mereka di Seksyen 7, Shah Alam. Esok (2 Mei 2016) merupakan hari terhari mereka membuat promosi gila-gila ni tau. Harga yang pada asalnya RM39, RM45, RM55, RM62, RM68 telah turun mendadak! Beli 3 tudung hanya dengan harga RM100 tau ! Murah giler kan? Dah lah kualiti kain pun best sejuk je bila pakai. Dengan pembelian RM150 ke atas, korang akan dapat 2 tudung free lagi tu. Wahhh sape lah yang nak bagi kan. OMG semalam Aten beli rambang mata tau tengok warna tudung yang ada kt situ. Rasa macam nak beli semua je. Hahaha.


Semalam juga telah dilancarkan 4 koleksi instant shawl yang terbaru dari Galeri Tudung Hajra. Cantik je model-model yang pakai ni. Tak sampai seminit lah nak pakai tudung macam ni. Sarung je dah cantik. Sangat jimat masa :D




Aten pun sempat lah jugak mencuba koleksi terbaru dari Galeri Tudung Hajra walaupun ramai orang datang sini. Cantik sesangat koleksi dorang.

Antara koleksi yang ada di Galeri Tudung Hajra 
(klik untuk tengok lebih details)

Instant Bubble Waniey

Instant Fathia

















Nak tau apa yang lagi best? Wawa Zainal merupakan duta terbaru untuk Galeri Tudung Hajra. Wahhhhh ! Makin comel Wawa Zainal bila beliau memakai tudung yang cantik-cantik dari Galeri Tudung Hajra. Sempat jugak Aten bergambar dia. Hehehe. Kecik comel je orangnya *.*



Esok merupakan hari terakhir lelong berganda dari Galeri Tudung Hajra tau ! Promosi diskaun sehingga 80%, 50 hadiah tudung shawl percuma kepada 50 orang terawal dan pembelian bernilai RM 150 keatas akan menerima hadiah misteri! Soooooo Hajra lovers, jom serbu Galeri Tudung Hajra ! :D




Kahwin Muda VS Kahwin Tua

$
0
0
Sekarang seakan menjadi trend masa kini untuk para remaja berkahwin seawal umur 20 tahun. Kalau kt campus, mesti ada je kan classmate korang yang dah berkahwin. Mana tak nya, tujuan bercinta, mestilah nak berkahwin kan? Hehehe. Tambahan pula ibu bapa semakin terbuka dengan konsep kahwin muda ni. Soo, kalau dah dapat green light why not kannn? Hehehe

KAHWIN MUDA
Tak dinafikan kahwin di usia muda banyak manfaatnya. Sentiasa ada teman nak ke mana-mana. Sakit demam pun ada yang jagakan. Susah senang bersama. Keluar malam lagi lah tak risau sebab ada yang temankan. Kalau masa bercinta dulu, setiap hari mesti call ataupun whatsapp kan, sekarang sentiasa ada di depan mata. Bila sentiasa berkepit berdua, takde lagi suara-suara sumbang yang mengata. Kan dah halal. Ye idok?

KAHWIN TUA
Ada diantara kita yang sengaja memilih untuk kahwin lambat. Ada yang inginkan kerjaya yang stabil sebelum berumah tangga, ada yang ingin pergi travel seorang diri, ada yang ingin mengumpul aset sebelum menambah komitmen, ada yang ingin menimba pengalaman di negara orang dan ada juga yang masih tak puas bermanja dengan ibu bapa sendiri. Bagi korang yang masih takde pasangan, jangan risau. Buat masa sekarang, fokus dengan apa yang korang lakukan. Cita-cita korang. Masa ni lah yang korang patut gunakan dengan sebaiknya untuk menghabiskan masa bersama-sama kawan-kawan, mencuba hobi baru atau sebagainya.Yang penting, jangan rasa kamu perlu kahwin muda kerana terpengaruh dengan rakan-rakan yang sudah berkahwin. Tak ada salahnya kahwin lambat.

PERSEDIAAN
Ada orang kata, "dia tu memang lah boleh kahwin awal, mak ayah dia kaya". Betul tapi sebenarnya persediaanuntuk kahwin tu bukan dari segi wang ringgit je. Paling utama, kena bersedia dari semua segi - mental, fizikal, spiritual dan juga kewangan. Kahwin di usia muda bukan tiket untuk melunaskan nafsu semata-mata. Hakikatnya, tanggungjawab untuk menjaga sebuah rumah tangga tu lebih berat dan besar. Tanpa persediaan yang lengkap, rumah tangga yang bakal dibina akan rapuh dan goyah. Dan akhirnya penceraian berlaku di usia muda.

Kahwin muda atau kahwin tua semua itu pilihan masing-masing. Ada orang yang lebih bahagia hidup berpasangan, dan ada juga yang masih mahu menikmati single life dulu, Kalau korang hanya sebagai orang luar, hormati keputusan dan perasaan orang lain.

Jika bersungguh mahu berkahwin, mulakan dari sekarang. Mulakan dengan membaca buku-buku, berjimat cermat, belajar kawal emosi, dan mungkin boleh mulakan perniagaan online untuk tambah duit saku dan simpan :D

Johor Food Cultural & Craft Fest @ Seri Pacific Hotel, PWTC

$
0
0

Sape kt sini orang Johor angkat tangan!

Aten bukan orang Johor tapi bakal jadi orang Johor. Uikss cemana tu? Bakal suami Aten orang Johor lah. So nanti Aten pun jadi orang Johor lah kan? :p

Haritu Aten berkesempatan untuk ke Seri Pacific Hotel berdekatan dengan PWTC. Sempena menyambut Citrawarna Malaysia 2016, Seri Pacific Hotel dengan kerjasama Tourism Johor telah menganjurkan Johor Food Cultural & Craft Fest.

Event yang akan berlangsung selama 10 hari bermula 18 May 2016 hingga 27 May 2016 akan membawa makanan-makanan Johor tanpa perlu travel 2 3 jam ke sana. Yepp hanya ke Seri Pacific Hotel guys! Untuk memastikan makanan yang dibawa adalah asli dan berasal dari Johor, Tourism Johor telah membawa sekumpulan chef dari Johor untuk menyediakan masakan Johor. Diketuai oleh Chek Kusha Haron, semua yang chef yang dihadirkan dari Johor akan bekerjasama dengan tukang masak Seri Pacific Hotel untuk menyediakan menu yang unik dan asli dari Johor.

Apa yang menariknya dengan Johor Food Cultural & Craft Fest 2016 ni?

Korang akan dihidangkan dengan hampir 150 jenis makanan dan minuman. And yessss selama 10 hari korang akan dihidangkan dengan makanan yang berlainan setiap hari. WOW!

Ohh yang paling best dan rare orang Johor tak dapat nak rasa ialah Beyh Royale. Beyh Royale merupakan welcome drink untuk tetamu yang datang Istana Besar Johor semasa pemerintahan  Sultan Abu Bakar Temenggung Daeng Ibrahim dari tahun 1833 hingga tahun 1895. Minuman ini dibru menggunakan rempah aromatik seperti kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, limau purut dan juga daun pandan. Nak tau cemana rasanya? Korang wajib datang sini dan rasa okay :D


Nasi Kuzi Ayam


Bubur Harissa


Tetel Lembu Masak Gulai Daun Kesum


Acar Rampai


Sayur Rampai Masak Lemak + Keledek


Sotong Masak Hitam

Johor Food Cultural & Craft Fest akan diadakan di Zende Restaurant. Datang dan rasai sendiri makanan Johor sendiri seperti Nasi Kambing Beyh Royale, Nasi Beryani Ayam, Nasi Ambeng, Ikan Cencaru Masak Kerutup, Sotong Masak Hitam, Tetel Lembu Masak Gulai Daun Kesum dan Botok-botok dan juga Laksa Johor yang sememangnya awesome dan banyak lagi :D


Bahulu Lapis Johor dan Tembosa Daging

Sambil menikmati hidangan pencuci mulut seperti Bubur Som-som, Kuih Kole Kacang, Tembosa Daging(wajib cuba!), Pulut Kepal, Kuih Kacau Keledek, Kuih Lopes, korang akan dihiburkan dengan persembahan tarian yang akan dipersembahkan setiap hari semasa makan tengahari dan makan malam. Tak lupa juga pameran kraf dari Johor. Korang boleh beli terus dari mereka kalau berminat :D


Antara makanan dan minuman yang akan dihidangkan:

Nasi Kambing Beyh Royale, Nasi Beryani Ayam, Nasi Ambeng, Ikan Cencaru Masak Kerutup, Ikan Tenggiri Masak Singgang Asam, Sotong Masak Hitam, Daging Ayam Masak Opor, Tetel Lembu Masak Gulai Daun Kesum, Udang Masak Sambal Tumis Belimbing Buluh, Botok-botok, Otak-otak, Pepes, Sate Ayam/Daging, Urap Daun Pegaga, Urap Kacang Panjang, Pisang Masak Lemak, Batang Keladi Masak Asam, Betik Masak Air, Sambal Goreng Istana, Ulam, Sambal Tomato, Sambal Limau Kasturi, Sambal Belacan, Jenganan, Kuah Kacang, Timun, Tauhu, Telur, Taugeh, Kangkung, Kacang Panjang, Kobis, Timun, Lempeng Kelapa, Jemput-jemput Ikan Bilis, Bubur Lambuk, Bubur Asyura, Bubur Harissa, Bubur Som-som, Pisang Tanduk Sira, Kueh Kole Kacang, Tembosa Daging, Halwa Maskat, Pulut Kepal, Kuih Kacau Keledek, Roti Naik, Lopes, Beyh Royale dan Kopi Beyh Royale dan baaaaaaaaaaanyak lagi :D

Untuk tempahan dan pertanyaan , korang boleh call 03 4049 4351/4352 atau email fbresv@seripacific.com 
Untuk pertanyaan mengenai Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur, layari www.seripacifichotel.com 

Simply Strawberry Garrett Popcorn

$
0
0

Hi korang !

Berjumpa lagi kita di dalam entry Garrett Popcorn! Hhehehe

Hari Ibu dah tak lama lagi dah tau. Lagi 2 3 hari je ni.  Korang dah beli hadiah untuk ibu korang? Mesti korang taktau nak belikan apa untuk ibu korang? Haaaa, sempena sambutan Hari Ibu yang bakal tiba ni, Garrett Popcorn di seluruh Malaysia telah melancarkan popcorn edisi terhad yang berperisa strawberi yang diberi nama Simply Strawberry. Popcorn berperisa strawberi? Sangat rare kan? First time tau Aten dengar popcorn berperisa strawberi terus Aten beli. Hehehe


Popcorn Simply Strawberry kali ini dibuat menggunakan buat strawberi segar yang telah dikeringkan dan dibekukan untuk mendapatkan warna merah jambu semulajadi. Aroma buah strawberi memang akan dapat dirasai dan apabila makan Simply Strawberry ni memang akan ada rasa creamy yang mesti akan membuatkan korang nak makan, makan dan makan lagi :D

Simply Strawberry boleh didapati di Garrett Popcorn pada 27 April 2016 sehingga 29 Mei 2016 yang dibuat khas untuk meraikan ibu-ibu di Malaysia. So guys, pergi serbu Garrett Popcorn dan  hadiahkan Simply Strawberry kepada ibu-ibu korang untuk menyatakan sayang korang pada ibu korang. Setahun sekali je kan. Cepat cepat !



Mama Aten memang minat giler dengan strawberry dan popcorn. Kalau keluar tu, mesti beli lah Garrett Popcorn. Jadi, Simply Strawberry sangat sesuai dengan dia. Tersenyum happy dia bila Aten hadiahkan Simply Strawberry dekat dia. Best kan bila dah buat orang kita sayang tersenyum? Ohh, lupa pulak nak bagitau. Mama Aten tak suka muka dia di-expose, so Aten amek gambar dia pegang Garrett Popcorn je. Hehehe. Kalau nak kenal dengan mama Aten, jangan lupa datang wedding Aten tau. Hehehe


Simply Strawberry edisi terhad dari Garrett Popcorn ni dibuat secara handmade setiap hari sebagai satu penghormatan yang manis sempena sambutan Hari Ibu yang bakal tiba ni. Simply Strawberry juga sesuai dimakan dengan keluarga tersayang ataupun dengan kawan-kawan rapat korang samada di rumah, ketika berpiknik ataupun sambutan kemasyarakatan seperti sambutan hari jadi. Ia merupakan salah satu cara yang baik untuk menikmati Garrett Popcorn secara beramai-ramai.




Garrett, tercipta di dalam sebuah kedai kecil di 10 West Madison Street, Chicago, Amerika Syarikat, telah menghasilkan popcorn yang menggunakan bahan-bahan yang berkualiti tinggi dan Signature Blend of non-GMO kernels sejak tahun 1949 lagi tau. Terkenal sebagai jenama popcorn asli di seluruh Amerika Syarikat dan Asia, Garrett Popcorn akan memastikan setiap pembuatan popcorn dibuat secara handmade setiap hari untuk kesegaran maksimum. Setiap popcorn disaluti dengan resipi rahsia yang telah diturunkan melalui 3 generasi untuk memastikan rasa Garrett Popcorn dari Chicago, Amerika Syarikat, tidak berubah sejak 1949. Hebat!

Harga Simply Strawberry Garrett Popcorn boleh didapati dari Small Signature RM17.00 ke Large Signature RM29.00 dan untuk Tin Quart RM40.00 dan 1 Gallon  RM110.00.


Garrett Popcorn Shops di Malaysia berlokasi di Lot G001-B, Ground Floor (opposite Starbucks), Mid Valley Megamall; Lot C15I, Concourse Floor, Suria KLCC, Kuala Lumpur City Centre; L2-112, Level 2, gateway@klia2, Kuala Lumpur International Airport 2, Sepang, Selangor and Ground Floor, 1Utama Shopping Centre, Petaling Jaya, Selangor (ditutup buat sementara waktu untuk pengubahsuaian).

Untuk maklumat lanjut, layari http://garrettpopcorn.com.my/
Jangan lupa like Fb page dorang sekali tau https://www.facebook.com/GarrettPopcornMY/ . Kalau korang nak tau kt mana kedai Garrett Popcorn boleh klik  link ni :

Raikan ibu korang dengan membelikan Simply Strawberry dari Garrett Popcorn. Pasti mereka tersenyum gembira :')

Jom ke US Burger & Fries Fiesta !

$
0
0

Wow and wow and double WOW!

U.S. Potato Board telah melancarkan mereka punya US Burger & Fries Fiesta yang akan berlangsung dari 1 Mei 2016 hingga 31 Mei 2016US Burger & Fries Fiesta akan menampilkan 19 popular burger joints dan cafe di Lembah Klang dan mereka semua akan berkumpul dan menghasilkan ciptaan unik kentang U.S dan burger yang korang pun tak pernah tengok sebelum ni tau :O

Seperti kita sedia maklum, burger merupakan salah satu makanan segera yang amat digemari oleh orang Malaysia. Ehem ehemm malam2 kalau lapar, korang carik burger kan? :p Selain burger, fries pun menjadi salah satu makanan favourite lagi-lagi bila lepas dimasak panas-panas. Memang confirm tak carik lain dah lah. Well, Malaysian really know how to appreciate good fries :D



Antara sebab-sebab mengapa AS menghasilkan kentang goreng yang terbaik adalah suhu ideal yang semakin meningkat, rich soil, kemudahan pemprosesan dan generasi kepakaran. Kentang AS dihantar untuk pemprosesan mengandungi high " solids"dan kandungan gula yang rendah, adalah ciri-ciri penting untuk mencapai end product dengan penampilan yang diinginkan, rasa dan tekstur yang pasti memuaskan untuk semua :D

Penanam kentang AS menawarkan pemprosesan kentang berkualiti tinggi sepanjang tahun. Piawaian industri AS menuntut dan mesti memenuhi semua spesifikasi Pentadbiran Makanan dan Dadah dan USDA, membolehkan pemprosesan mewujudkan kentang yang berkualiti tinggi dan produk kentang sejuk beku selamat.


A true-blue burger-eater would tell you that the best embellishment to the whole burger-eating experience lies in the fries.

Memandangkan burger dan kentang goreng tidak dapat dipisahkan dan saling melengkapi untuk kepuasan gastronomi, pengguna di Malaysia mempunyai peluang untuk menikmati yang "burger terbaik berkhidmat dengan kentang goreng terbaik" melalui Fries US & Burger Fiesta. Wow!

Salah satu acara kemuncak Fiesta ini adalah bahawa ia memberi peluang kepada orang ramai untuk membiasakan diri mereka to the different U.S. fry varieties.  Many of these outlets are offering new cuts of U.S. fries for the first time. 

Outlets yang terlibat dalam US Burger & Fries Fiesta berasa gembira kerana diberi peluang untuk mempamerkan gabungan burger dan kentang AS kepada pelanggan mereka. Pasti korang takkan menyesal bila datang ke sini !

U.S. Potato Board berharap fiesta ini akan memberi peluang dan membuka mata kepada restoran yang mengambil bahagian untuk memperkenalkan kepada orang ramai. U.S. Potato Board berharap orang ramai yang akan melawat dan makan di restoran yang mengambil bahagian untuk mencuba gabungan burger dan kentang AS yang berbeza.




Okaykayyy bawah ni PALING BEST !
Akan ada satu contest di Instagram di mana 3 pemenang mingguan dengan gambar yang terbaik mereka menikmati promosi kentang AS dan burger akan memenangi hadiah wang tunai RM150 setiap minggu. Apa yang korang perlu lakukan adalah menghantar gambar anda dengan hashtag #USFries&BurgerFiesta


Bersedia untuk menikmati kentang goreng A.S. dan burger like never before! Untuk maklumat lanjut mengenai US Burger & Fries Fiesta, sila hubungi Kent Low atau Eddie Saw di (03) 8070-7216.

Antara outlets yang terlibat dengan US Burger & Fries Fiesta ;
Big Hug Burger, Brooklyn B-Venture, Chequers, Chequers, Choo Choo Chicken, Crazy Bites, Fatboy’s The Burger Bar, Hide & Seek Café, Junkyard Burger, KGB, Kulcat Bariror, Melur & Thyme, Mini Mini Café, My Burger Lab, The Card Café, The Grind Burger, The Burger Factory, Swensen Café, Carl’s JR and Tryst Café.

Jumpa di sana! Muah ciked :*

Pelancaran Anlene MoveMax

$
0
0

Usia bukanlah penghalang untuk kita lakukan benda yang kita suka. Semalam Aten ada tengok satu video di facebook, seorang wanita yang agak tua tetapi masih lagi mampu menari salsa. Hebat kan? 

Sesuai dengan quote "Move as Young As You Feel Inside" , Anlene kali ni tampil dengan produk terbaru mereka iaitu Anlene baru dengan MoveMax ™ yang merangkumi Kalsium, Kolagen dan Protein untuk kesejahteraan tulang, sendi dan otot.


Seperti yang kita sedia maklum, Anlene merupakan produk tenusu terawal sejak 20 tahun yang lalu yang ada di Malaysia untuk pasaran Asia untuk membantu memenuhi keperluan pemakanan untuk kesihatan tulang. Sehingga ke hari ini, Anlene adalah satu jenama global yang sangat berjaya, dan terus berinovasi dan memenuhi keperluan pemakanan untuk bukan sahaja tulang, tetapi pergerakan menyeluruh. 

Antara aktiviti yang Aten dapat lakukan di event Anlene semalam :


arcade dance moves


tyre swing in a tree house




jumping on a trampoline

Muka terlebih excited. Bukan selalu kan. Hehehehe. Semua permainan sangat seronok dan menguji kesihatan tulang kitorang. Hahaha


Pemeriksaan tulang pun ada tau ! Dapat tau la kita punya tulang okay ke tak. Alhamdulillah sihat semuanya tulang Aten. Kita perempuan wajib minum susu setiap hari tau. Nanti dah tua takde complain sakit kaki. Ehhh, yang lelaki pun kena minum susu sekali lah. Hehehe





Sheila Majid merupakan jurucakap semasa event semalam. Sangat bertenaga walaupun usianya dalam 50-an. Sangat WOW ! “I don’t let age slow me down, instead I keep moving to slow down age" . What an inspiring quote kan? Kita yang muda ni patutnya jaga tulang dari sekarang. Bukan dah tua baru nak jaga tulang. Fuhhh! Sentap betul bila Sheila Majid cakap camtu. Hahaha.  Beliau mengekalkan gaya hidup yang sangat aktif melalui pemakanan yang baik yang dia menjelaskan ianya adalah kunci kepada kesihatan yang baik.


Penggubalan Anlene baru dengan MoveMax ™ mengandungi nutrien penting seperti Kalsium, Kolagen, Protein, serta nutrien lain seperti magnesium, zink, dan vitamin B, C, D & E dalam ikatan nutrien untuk membantu menjaga tulang, sendi dan otot.


Semua ibu-ibu yang hadir di event ni mendapat satu bakul Anlene sempena Hari Ibu. Wahhh seronoknya! 


Eh eh ! Ni hadiah apa pulak? Macam tak percaya pulak bila emcee sebut nama Aten. Hahaha. Menang pertandingan main 3 games kt atas tu. Seronok sangat main game dorang. Pandai Anlene tarik minat kitorang. Hehehe. Nak tau hadiah ape? Kena lah tanya Aten kan. Tak tanya taktau lah :p hekhek

Anlene MoveMax ™ boleh didapati di semua pasar raya terkemuka di seluruh negara dan boleh didapati dalam bentuk serbuk dan juga dalam bentuk yogurt. Bentuk serbuk didatangi dengan dua perisa - plain dan coklat dan boleh didapati dalam 1kg, 600g, dan 175gpacks. Anlene Movemax ™ Yogurt boleh didapati dalam 4 variasi lazat: biasa, mangga, strawberi, dan beri campuran. Yumsss! Jom tambah stok susu kt rumah ! :D

Untuk maklumat lanjut,
sila layari laman www.anlene.com.my atau facebook.com/AnleneMalaysia


ataupun hubungi :
Andora Fredericks/Ayu Adnan
Truth Communications Sdn Bhd
No 21 Jalan Setiabistari
Damansara Heights 50490
Kuala Lumpur
Tel: 03-20116002/6003
Mobile: 012-3921553

Email: andora@truth.my/ayu@truth.my


Kajian menunjukkan orang dewasa yang aktif mempuyai 30% peluang yang lagi tinggi untuk kesejahteraan hidup berbanding mereka yang tidak aktif. Sooo, nasihat Aten dekat korang, jangan selalu sangat tengok facebook dekat smartphone. Petang-petang ajak kawan-kawan pergi jogging ke workout ke barulah sihat luaran dan dalaman. Dan yang paling penting, minum lah susu Anlene MoveMax. Sedap sedap sedap!
Viewing all 485 articles
Browse latest View live